cantonese yee mee

Tiada idea nak masak apa untuk makan malam? Ibu-ibu boleh cuba resepi cantonese yee mee yang lazat dan penuh dengan pelbagai bahan-bahan menarik.

Terima kasih kepada pengguna Facebook bernama Muza Muzawati kerana berkongsikan resipi langkah demi langkah ini.

 

Baca juga: Cara Buat Sizzling Yee Mee Ala Medan Selera. Kuah Sedap, Pekat & Cukup Rasa!

RESEPI CANTONESE YEE MEE

cantonese yee mee

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Udang
  • Serbuk lada sulah
  • Air rebusan udang
  • Lobak merah
  • Serbuk pati ayam
  • Kicap cair
  • Minyak bijan
  • Sayur sawi
  • Bunga kubis
  • Fishcake
  • Sotong
  • Air tepung jagung
  • Telur

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih yang sudah diketuk.

2. Kemudian, masukkan udang. Letakkan juga serbuk lada secukupnya. Gaul sehingga sebati.

3. Seterusnya, masukkan air rebusan udang.

4. Letakkan juga lobak merah, serbuk pati ayam dan garam secukupnya.

5. Masukkan sedikit kicap cair dan minyak bijan.

6. Selepas itu, masukkan juga bunga kubis, batang sawi dan fishcake. Biarkan semua bahan mereneh.

7. Kemudian, masukkan pula sotong dan renehkan lagi.

8. Tuangkan bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.

9. Masukkan sawi dan akhir sekali pecahkan telur.

10. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

cantonese yee mee

Kredit resipi dan gambar: Muza Muzawati

Baca juga: Resipi Mee Kolok Sarawak, Buat Sendiri Boleh Makan Puas-Puas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN