Resepi french toast salah satu menu yang boleh dimasak dengan mudah dan cepat untuk sarapan pagi.
Walaupun ringkas, roti telur ini boleh mengenyangkan perut anak-anak sebelum bertolak ke sekolah.
Cara membuatnya juga sangat ringkas. Ibu-ibu hanya memerlukan 2 bahan yang biasa ada di dapur. Antara bahan tersebut ialah roti keping, telur dan tepung bestari.
Bukan itu saja, resipi ini juga tidak menyerap banyak minyak. Jadi, bila dimakan tidak akan terasa terlalu muak.
Jika ada yang mahu mencubanya, boleh ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Shida Ambok di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resipi Roti Canai Ini Lagi Lembut Lagi Kedai Mamak, Teramat Senang!
RESEPI FRENCH TOAST 2 BAHAN
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 8 keping roti
- 3 biji telur
- 1 ½ sudu tepung bestari
Cara membuatnya:
1. Sediakan pengisar. Pecahkan telur ke dalam alat tersebut dan kisarkan.
2. Kemudian, masukkan pula tepung bestari. Sambung kisar lagi sehingga betul-betul sebati dan nampak sedikit kembang.
3. Potong roti kepada empat bahagian.
4. Celup roti ke dalam adunan telur dan tepung tadi.
5. Kemudian, goreng dengan sedikit minyak. Balik-balikkan apabila sudah kekuningan.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Shida Ambok
Baca juga: Cara Buat Roti Puri Tanpa Yis, Hasilnya Tetap Kembung & Berongga!