Mak saya ajar

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Timun Istimewa

Mak saya ajar

BAHAN-BAHAN

  • 2 batang timun (dipotong panjang) buang pembuluh timun
  • 1 batang lobak merah (dipotong panjang)
  • 6 ulas bawang merah kecil (dipotong 4)
  • 4 ulas bawang putih (dipotong 3 secara memanjang)
  • 2 biji cili merah (dibuang biji dan dipotong memanjang)
  • 2 ulas bawang merah kecil ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • Cili kisar satu senduk kecil
  • Cili sos satu senduk kecil
  • 1 sudu makan udang kering (ditumbuk halus)
  • 1 cm halia dimayang halus
  • Garam dan minyak untuk menumis
  • Gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Timun, lobak, bawang merah, bawang putih yang telah dipotong tadi hendaklah direndam dengan air garam sebentar.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi beserta dengan halia yang dimayang.
  • Setelah wangi, masukkan cili kisar, dan masak sebentar.
  • Masukkan cili sos, udang kering, garam, dan gula secukup rasa.
  • Masukkan timun, lobak, bawang merah, dan bawang putih yang direndam dengan air garam. (toskan air itu dahulu)
  • Goreng sebentar dan angkat. (jangan goreng lama sangat nanti layu dan tak rangup.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN