buah lemon

Buah lemon bukan sahaja mengandungi kandungan vitamic yang tinggi, malah ia juga boleh digunakan untuk membersihkan rumah. Terutamanya di bahagian dapur kerana ia sering digunakan untuk memasak.

Seperti yang dikongsikan oleh Puan Fyza Shah di laman sesawang Facebook miliknya, ada 10 teknik boleh dicuba supaya dapur lebih segar dan berkilat dengan menggunakan buah lemon.

Baca juga: Bukan Sekadar Mitos, Ini 21 Petua Dapur Orang Dulu-Dulu Yang Dijamin Berkesan!

TEKNIK DAPUR SEGAR & BERKILAT GUNA BUAH LEMON

“Semalam Kak Fyza duk belek majalah Impiana keluaran Jun lepas. Baru perasan ada teknik bagus ni. Lagi-lagi kita nak sambut raya korban tak lama lagi. Mesti ruangan dapur berkecah dan kuat bau daging kan.

Kak Fyza percaya pada bahan asas semula jadi semua berguna janji kita tahu dan ada ilmunya. Lepas ni korang beli lemon selain untuk masakan atau buat air detox, sebaiknya tidak terus dibuang lebihan lemon tu. Banyak sangat kegunaan.

Boleh share tips dapur berkilat dengan lemon ni, mudah dan yang penting kita tak bazirkan lebihan lemon kita dah guna..”

1. Segarkan peti sejuk

Lemon dipotong dua, kikis kulitnya dan masukkan ke dalam peti sejuk.

2. Loyang karat

Gosok lemon pada loyang yang berbau atau untuk hilangkan kesan karat.

3. Pisau dan spatula

Cuci pisau dan spatula dengan lemon kerana pisau dan spatula tidak sesuai dibasuh dengan sabun terlalu kerap.

4. Jari kuning berkunyit

Campurkan lemon dengan baking soda, buat macam doh. Uli pada jari tangan sampai kesan kunyit hilang.

5. Jendela berdebu

Ambil lemon, kemudian campurkan dengan baking soda dan tambah air secukupnya. Basuh jendela dengan air campuran tadi. Cermin akan jadi berkilat.

6. Kilatkan lantai

Campurkan lemon dan cuka, mop lantai sehingga bersih. Hasilnya, lantai dapur akan berkilat-kilat.

7. Kabinet kapak

Kulit lemon jangan dibuang. Letak dalam kabinet untuk supaya tak berbau hapak.

8. Lantai berbau hanyir

Kalau lantai masih berbau hanyir bau ikan dan daging, perah lemon sebagai penyudah selepas selesai mengemop lantap.

9. Cuci papan pemotong

Ambil lebihan lemon dan gosok cuci papan pemotong supaya tidak melekat bau ikan dan daging.

10. Kesan hitam pada cawan

Kalau cawan ada kesan hitam dari kopi hitam, gosok saja cawan dengan lemon dan bilas bersih. Hasilnya kesan hitam hilang.

Sumber: Fyza Shah

Baca juga: Cara Cuci Kain Lap Dapur, Confirm Hilang Semua Kotoran. Tak Perlu Sental!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN