jemput cara malas

Jemput cara malas memang sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa kerana bahan-bahan untuk disediakan sangat menjimatkan masa dan mudah juga.

Walaupun ‘cara malas’ namun apabila cicah dengan sos cili ataupun sambal tumis, memang leka makan dibuatnya!

Dengan mengikut resipi oleh Cik Puan Ladyboss Dila Sop ini, anda boleh membuat jemput yang sangat ringkas penyediaannya.

Baca juga: Sambal Tumis Pekat Melikat, Macam Ini Barulah Mak Mentua Sayang!

RESIPI JEMPUT CARA MALAS

Bahan-bahan:

  • 1 kg Tepung Gandum
  • 1 peket Yis (Mauripan)
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam Halus
  • 1 cawan Air Suam
  • 4-5 cawan Air Kosong (Mengikut kesesuaian)
  • 1 sudu kecil Pewarna Kuning Lemon
  • 1 ikat Kankung (Potong pendek-pendek)
  • 1 peket Minyak Masak

Cara Penyediaan:

1. Masukkan 1 cawan air suam ke dalam satu gelas tinggi dan masukkan gula. Gaul gula sehingga hancur.

2. Masukkan yis ke dalam gelas tersebut dan gaul sehingga sebati. Biarkan yis berehat sehingga memenuhi gelas.

3. Sementara itu, masukkan tepung gandum dan garam halus ke dalam mangkuk besar. Gaul rata dalam keadaan kering.

4. Tambahkan kankung yang telah dipotong ke dalam tepung dan gaul rata.

5. Masukkan campuran yis yang telah mengembang bersama air kosong, satu cawan demi satu cawan, sehingga mendapat konsistensi bancuhan yang sesuai.

6. Biarkan bancuhan tepung naik sehingga mencapai dua kali ganda dari bancuhan asal.

7. Ambil sedikit bancuhan dengan tangan dan masukkan ke dalam minyak panas.

8. Goreng jemput tersebut sehingga keperangan sedikit.

jemput cara malas

Selamat mencuba!

Sumber: LadyBoss Dila Sop 

Baca juga: Nak Jimat Buat Sendiri Je ‘Sos Cili Thai’, Modal RM5 Dapat 3 Botol!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN