Resipi arwah ibu yg menjadi lauk harian famili.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Sambal Udang Tahi Minyak™

Resipi arwah ibu yg menjadi lauk harian famili.

BAHAN-BAHAN

  • 500 g udang hidup – bersihkan
  • santan pekat drpd 1/2 biji kelapa – utk tahi minyak
  • 1 mangkuk lauk cili kering kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 ulas bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • sedikit kunyit hidup*
  • 1 batang serai – dititik
  • minyak masak – untuk menumis
  • 1 biji bawang besar – dihiris bulat
  • 1 sb asam jawa + sedikit air = air asam
  • garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar halus bahan2 bertanda * dan campurkan dengan cili kering kisar.
  • Untuk tahi minyak,santan pekat dimasak dlm kuali hingga menjadi pekat dan mengeluarkan minyak dan menjadi kechoklatan dan asingkan tahi minyak dari minyaknya.
  • Dalam kuali yang sama,tambah sedikit minyak masak,panaskan dan tumis bahan2 yang dikisar dan serai hingga garing dan masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa.Tambah sedikit air jika perlu.Masukkan udang dan hirisan bawang besar dan kacau rata.Masukkan tahi minyak dan kacau hingga sebati dan udang masak.
  • **Jika suka, dalam sambal udang boleh juga di tambah petai.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN