Ayam Rempah Simple dua cara masak (bakar atau goreng biasa)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Ala-Purba

Ayam Rempah Simple dua cara masak (bakar atau goreng biasa)

BAHAN-BAHAN

  • Ayam 1/2 ekor – cara 1)goreng biase potong kecil, cara 2) potong dua bahagian
  • **Lada kering 10 btg
  • **Bawang besar 1 biji yg besar
  • **Bawang putih 5 ulas
  • **Kunyit dan halia masing2 1 inci
  • Serai sebatang dihiris serong (**boleh juga di blend terus)
  • 4 sekawan dan bwg kecil untuk menumis
  • Santan 1/2 cawan
  • Daun pandan 2 helai (optional)
  • Minyak 2 senduk kot..agak2lah
  • Garam, aji kalau suke dan gula 1 sudu makan.
  • Air asam jawa satu sudu makan
  • Air (kegunaan lihat cara2)
CARA PENYEDIAAN
  • Cara 1) Ayam potong kecil, garam dan kunyitkan, goreng half cook, ketepikan.
  • Kisar halus bahan bertanda **, tumis bwg kecil dan 4 sekawan, dah kuning bawang baru masukkan serai.. goreng kejap terus masukkan bahan kisar.
  • Masuk sekali daun pandan, garam, aji, gula, dan air asam. Kasi masak sekejap, baru masuk santan. Pastu masak sampai terbit minyak.
  • Masukkan ayam, golek2 kejap, masukkan air secawan, jika nak berkuah sedikit. Masak sampai berapa pekat yg dikehendaki.
  • Cara 2) Ayam potong dua, tak perlu goreng.
  • Ikut step 2 dan 3 seperti di atas, tapi tidak perlu sampai terbit minyak terus masukkan ayam dan air sehingga tertutup separuh ayam.
  • Bila ayam dah half cook, sediakan bekas bakar di alas dgn daun pisang atau aluminium foil, angkat ayam dah curah kan sedikit kuah ke atas ayam dan bakar sehingga ayam garing kulit dia.
  • Kuah dlm kuali masak sehingga pekat, tgk brape pekat mahu atau hingga pecah minyak, kuah ni akan dicurah atas ayam bakar setlh dihidangkan dlm pinggan hidang….siap.
  • Gambar di atas versi goreng sbb nak cepat, kalau suka tabur kacang tumbuk atas ayam, terutama yg cara bakar.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN