Variasi kentang dari dapur orang bujang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Kentang

Variasi kentang dari dapur orang bujang.

BAHAN-BAHAN

  • 5 – 7 biji kentang ( saiz kecil atau sederhana)
  • 3 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 – 2 inci belacan – ditumbuk
  • 50 gm ikan bilis / udang kering – ditumbuk kasar
  • 1 buku kiub ayam maggi / knorr
  • 3 sudu makan cili giling
  • minyak masak untuk menggoreng dan menumis
  • serbuk perasa (kalau perlu)
CARA PENYEDIAAN
  • Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.
  • Apabila siap, cuci semula dan toskan sebentar. Belah kentang kepada 4 atau mengikut saiz kentang.
  • Rebus kentang sehingga agak empuk bersama 1 buku kiub ayam maggi / knorr.
    Jangan terlalu empuk supaya tidak hancur.
  • Setelah kentang empuk / lembut, toskan airnya dan goreng sehingga kekuningan.
  • Setelah selesai acara menggoreng, tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling sehingga agak garing dengan api kecil.
  • Masukkan kentang goreng dan gaul sebati. Sesuaikan rasa dan angkat.
  • * Tak perlu bubuh garam sebab kentang sudah direbus dengan kiub ayam dan menggunakan belacan yang sudah sedia berperisa masin.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN