Resipi sendiri buat sarapan atau di mkn bila2 masa saja.Sesuai juga dibawa utk berkelah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Nasi Lemak™

Resipi sendiri buat sarapan atau di mkn bila2 masa saja.Sesuai juga dibawa utk berkelah.

BAHAN-BAHAN

  • 500 g beras
  • santan secukupnya – drpd 1 biji kelapa
  • 2 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 2 hiris halia *
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • 2 batang serai – dititik
  • garam secukup rasa
  • Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :-
  • sambal tumis
  • ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
  • telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
  • timun yg dihiris
  • kacang tanah goreng
  • kangkung goreng dan lain2 ikut selera
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bahan2 yg bertanda *.
  • Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi(saya guna periuk eletrik)bersama bahan2 kisar,daun pandan dan serai.
  • Tuang secukup santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata.Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
  • Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN