Resepi dari jiran di pengerang,johor
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Apam gandum
Resepi dari jiran di pengerang,johor
BAHAN-BAHAN
- 3 cawan tepung gandum
- 11/4 cawan tepung beras
- 1 cawan gula merah+1 cawan air
- 5 sudu gula pasir
- 1 sudu makan yis segera(mauripan)= 1 cawan air
- 1 cawan air
- kelapa parut putih = sedikit garam.
CARA PENYEDIAAN
- masakkan 1 cawan air bersama gula merah dan 5 sudu gula pasir.dan sejukan.
- satukan tepung gandum dan tepung beras di dalam 1 bekas .
- masukkan 1 cawan air biasa,+1 cawan air yang di rendam dengan yis dan 1 cawan air gula tadi.ke dalam adunan tepung.so semua sekali kita gunakan 3 cawan air le…
- kacau hingga sebati…boleh gunakan mixersekejap supaya adunan betul-betul sebati dan tidak berketul-ketul.
- biarkan adunan lebih kurang 20 minit @hingga adunan naik sekali ganda..biasanya guna yis segera ni sat je..kukus dalam loyang 10 inci lebih kurang 20 -30 minit.
- boleh dimakan dengan kelapa parut putih…hujan-hujan ni..memang berbaloi….
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.