Sekali buat nak buat lagi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Hailam Menyengat

Sekali buat nak buat lagi.

BAHAN-BAHAN

  • Sedikit daging lembu dihiris nipis. (Ikut suka berapa banyak. Kalau suka banyak, letaklah banyak, kalau tak, letaklah sikit. Kalau nak masukkan ayam boleh gak.
  • 10 ekor udang (sederhana besar – dibuang kepala dan separuh kulit di badannya)
  • Bawang merah besar ( 1 labu – yang sederhana je dicincang)
  • Bawang kecil 2 ulas. (dicincang halus)
  • 1 sudu makan lada hitam (kalau nak pedas tambahlah lagi – ditumbuk, tapi janganlah sampai hancur sangat)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah)
  • bunga kobis
  • sawi
  • lobak (dihiris ikut bentuk sesuka hati orang yang masak)
  • 2 mangkuk air (air ni boleh tambah ikut banyak kuah yang kamu suka. tapi kalau kuah banyak kena tambah tepung jagung sikit lagi ( ikut kesesuaian kepekatan kuah)
  • Sedikit garam (jangan banyak sebab dah ada sos tiram dan kicap
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
  • Masukkan daging dan masukkan air dan biar daging empuk. Kalau air kurang, tambahkan air lagi .(daging kalau rebus asing boleh juga tapi nanti kurang manis)
  • Masukkan lada hitam, sos tiram, dan kicap. Biar mendidih sekejap
  • Masukkan udang
  • Masukkan sayur dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Bila sudah agak pekat, tutup apinya.
  • Lepas tu curahkan kuah ni kat mi tadi. Bolehlah bedal.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN