Lagi resepi dari ibu tersayang. Walaupun memakan masa yang panjang untuk memasaknya, tapi hasilnya memang berbaloi!!! Sedap dimakan dengan nasi putih, ketupat @ nasi impit.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Tok Bonda

Lagi resepi dari ibu tersayang. Walaupun memakan masa yang panjang untuk memasaknya, tapi hasilnya memang berbaloi!!! Sedap dimakan dengan nasi putih, ketupat @ nasi impit.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging – dipotong dadu anggaran 1” x 1”
  • 2 paket rempah kari daging Baba’s – kecil
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 1” belacan (**)
  • 6 batang serai (**)
  • 3” lengkuas muda (**)
  • 3” halia (**)
  • 10 ulas bawang merah – dihiris halus
  • Kerisik – dari ½ biji kelapa
  • 2 helai daun kunyit – dihiris halus
  • 1 buku gula Melaka – saiz kecil – dipotong kecil2
  • Santan – dari 2 biji kelapa
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bahan2 bertanda (**).
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan masak dengan api yang sederhana hingga kering kuahnya.
  • Perasakan masin dan manisnya. Kacau hingga betul2 kering dan warnanya kehitam2an.
  • Nota : (1) Bila kuah dah kering, pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan dari hangus di bahagian dasar kuali @ periuk.
    (2) Kalau nak banyak serbuknya setelah kering, lebihkan kerisik.
    (3) Pastikan kuahnya (santan) melepasi paras daging untuk memastikan daging betul2 boleh empuk dan tak liat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN