Categories: Kesihatan

Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini, Rupanya Nombor 3 Tu Ramai Yang Suka

Ternyata, ada juga 7 jenis ikan yang anda patut elak makan untuk menjaga kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Umum mengetahui,  ikan merupakan salah satu bahan makanan yang digemari oleh masyarakat di seluruh dunia.

Rasanya yang enak dan kandungan nutrisinya yang tinggi menjadikan haiwan laut ini sering dijadikan hidangan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis ikan yang mempunyai kesan yang tidak baik terhadap kesihatan manusia.

Baca juga: 10 Makanan Yang Tak Boleh Makan Mentah, Ini Sebabnya

Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengurangkan pengambilannya atau mengelakkannya sama sekali. Berbeza dengan ikan buntal yang sudah dikenali beracun, tujuh jenis ikan berikut sering dimakan oleh manusia.

ELAK MAKAN 7 JENIS IKAN INI KALAU HENDAK JAGA KESIHATAN

1. Ikan Gindara

Ikan laut dalam ini boleh ditemui di kedalaman antara 280-900 meter dan dikatakan mempunyai banyak manfaat kesihatan. Namun, ramai yang tidak sedar bahawa ikan gindara mengandungi lemak beracun yang dikenali sebagai gemylotoxin yang boleh membahayakan kesihatan manusia.

Pengambilan berlebihan gindara boleh menyebabkan masalah seperti cirit-birit yang teruk. Oleh itu, kerajaan Jepun telah mengharamkan pengambilan ikan gindara sejak tahun 1977 kerana kesan negatifnya terhadap kesihatan. Jika anda masih ingin memakan ikan gindara, disarankan untuk tidak melebihi 170 gram sehari.

2. Ikan Todak

Ikan todak adalah sejenis ikan laut yang boleh mencapai berat sehingga 700kg. Paruhnya yang tajam menyerupai pedang. Ikan ini sering ditangkap menggunakan kaedah long line untuk dijual sebagai makanan.

Walau bagaimanapun, perlu di ingatkan bahawa ikan todak mengandungi merkuri yang boleh membahayakan kesihatan. Semakin tua ikan todak, kandungan merkuri dalam dagingnya juga semakin tinggi.

3. Ikan Talapia

Ikan talapia adalah sejenis ikan air tawar yang amat popular. Rasanya yang enak dan harga yang berpatutan menjadikannya pilihan ramai. Walaubagaimanapun, kandungan lemak dalam ikan tilapia hampir sama tingginya dengan lemak dalam daging babi.

Pengambilan berlebihan talapia boleh menyebabkan peningkatan kolesterol dalam badan dan tidak digalakkan untuk orang yang mempunyai penyakit jantung, asma, dan radang sendi.

4. Ikan Mahi-Mahi

Ikan mahi-mahi merupakan salah satu jenis ikan laut yang sangat digemari kerana rasanya yang enak. Walau bagaimanapun, ikan ini mengandungi histamin yang boleh menyebabkan keracunan makanan jika tidak diproses dengan betul selepas ditangkap.

5. Ikan Tuna

Ikan tuna adalah salah satu jenis ikan yang paling popular di dunia. Walaupun mengandungi Omega 3 yang baik untuk kesihatan jantung, ikan tuna juga mengandungi merkuri terutama jenis white albacore tuna.

6. Ikan Makarel

Ikan makarel adalah salah satu ikan yang paling umum diambil oleh manusia. Namun, ikan ini juga mengandungi kadar merkuri yang tinggi.

7. Belut Air Tawar

Ikan belut boleh menyerap kotoran atau toksin dari sumber industri atau pertanian. Oleh itu, disarankan untuk mengurangkan pengambilannya.

Jika anda masih ingin memakan belut, batas pengambilan adalah 300 gram sehari untuk orang dewasa dan 200 gram sehari untuk kanak-kanak.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Umpan

Baca juga: Kenali 10 Tanda Makanan Sudah Basi Dan Cara Nak Elak Supaya Tak Sakit

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago