PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-04-17 05:43:35

Anda baru je beli beras tapi dah jadi sarang kutu beras? Bila beras dah ada kutu beras, nasi yang kita tanak nanti jadi tidak berapa sedap dan mudah basi. Jadi, kami akan kongsikan cara untuk hindarkan kutu beras dari menyerang.

1. Guna Asam Keping

Kutu beras memang tak suka asam keping. Jadi, anda hanya perlu letakkan beberapa keping asam keping ke dalam tempat simpan beras untuk menghalau kutu beras. 

2. Daun Limau Purut

 

Anda juga boleh gunakan daun limau purut kerana kutu beras tak suka bau daun limau purut. Letakkan di bahagian atas, tengah dan bawah tempat simpan beras anda. 

3. Jemur Bawah Matahari

Jika kutu beras anda terlalu banyak, anda hanya perlu jemur beras di bawah cahaya matahari. Masukkan beras dalam satu dulang dan letakkan cili kering atas beras. Jemur beras tersebut. 

4. Guna Kulit Kayu Manis

Anda juga boleh letak kulit kayu manis ke dalam tempat simpan beras. Aroma dari kulit kayu manis mampu halang kutu beras daripada membiak dalam beras anda.

5. Guna Daun Pandan

Daun pandan bukan saja boleh mewangikan beras, tapi ia juga boleh menghalau kutu beras.

6. Guna Cili Kering

Anda hanya perlu gunting dua cili kering dan letakkan dalam tempat simpanan beras. Bau pedas dari cili kering akan menghalau kutu beras.

7. Letakkan Dalam Freezer

Letakkan beras anda dalam freezer selama 3 hari. Cara ini akan mematikan kutu beras dan telurnya. 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN