PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2018-12-26 03:29:50
Hari-hari bekalkan bento yang sama untuk anak-anak mesti bosan kan? Anak-anak pun tak lalu nak makan sebab jemu dengan menu-menu yang sama.
Haa..ibu-ibu, jom jadi kreatif dan cuba resepi-resepi bento ringkas, comel dan semestinya sedap dari MILO UHT ni. Confirm anak makan sampai licin!
1. Burrito Telur Hancur
Video resipi Burrito Telur Hancur
Bahan-bahan diperlukan:
– 2 biji telur
– 2 sudu besar susu rendah lemak
– 1 sudu kecil daun ketumbar (dicincang)
– 1 sudu kecil minyak sayuran
– 4 sudu besar keju cheddar
– 2 keping roti tortilla whole wheat
– Secubit garam
– 1/4 sudu kecil lada hitam
Cara menyediakan dan memasak:
1. Untuk telur hancur, di dalam mangkuk, pukul telur bersama susu, daun ketumbar, garam dan lada hitam.
2. Menggunakan non-stick pan, panaskan minyak dan masukkan telur. Kemudian, hancurkan.
3. Letakkan 2 helai daun salad di tengah roti tortilla, kemudian, tabur 2 sudu besar keju cheddar, letakkan separuh telur hancur dan 2 sudu sudu besar tomato.
4. Gulung cara burrito-style.
Siapa yang tak suka burrito? Orang dewasa suka, kanak-kanak lagilah suka! Mesti anak-anak happy bila melihat burrito comel sebegini sudah tersedia untuk mereka makan. Confirm tak nak share dengan kawan-kawan.
2. Nasi Goreng Labu
Bahan-bahan diperlukan:
– 1 sudu besar minyak bijan
– 1 ulas bawang putih (dicincang)
– 1 sudu kecil halia kisar
– 1/2 biji bawang merah
– 1/2 cawan labu (dipotong kiub kecil)
– 1 1/2 cawan nasi perang yang sudah dimasak
– 1/4 cawan kacang kuda (direbus)
– 2 sayur bok choy (dicincang kasar)
– 2 sudu kecil kicap masin
– 1 sudu besar sos tiram
– 1/4 sudu kecil lada putih
Toppings:
– 1 sudu besar daun bawang (dihiris)
– 1 sudu kecil bijan
Cara menyediakan:
1. Menggunakan non-stick pan, panaskan minyak dengan api sederhana.
2. Masukkan bawang putih, halia dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan labu dan kacau hingga labu lembut selama 3 minit.
4. Masukkan nasi perang dan kacang kuda. Kacau selama 1 minit.
5. Masukkan kicap masin, sos tiram dan lada putih. Kacau selama 1 minit.
6. Masukkan sayur bak choy dan kacau hingga lembut.
7. Tabur daun bawang dan bijan. Hidangan ini sedia untuk dihidang.
Dengan hiasan ikan duyung comel dilengkapkan lagi dengan buah-buahan berkhasiat, hidangan ini sudah lengkap untuk menceriakan anak-anak.
3. Salad Pasta Hawaii
Video Resipi Salad Pasta Hawaii
Bahan-bahan diperlukan:
– 1 cawan wholemeal spiral pasta yang sudah dimasak
– 1 cawan buah nanas (dipotong kiub kecil)
– 3 sudu besar lobak merah (dihiris nipis)
– 1 sudu besar daun bawang (dihiris)
– 4 sudu besar isi ikan tuna
Dekorasi:
– 1 sudu besar jus lemon
– 3 sudu besar sos light mayonis
– 1 sudu besar greek yogurt rendah lemak
Cara menyediakan:
1. Di dalam mangkuk besar, masukkan pasta, buah nanas, isi ikan tuna, lobak merah dan daun bawang. Gaul dan ketepikan.
2. Di dalam mangkuk kecil yang asing, gaul jus lemon, sos mayonis, greek yogurt dan garam. Kemudian, masukkan campuran pasta. Gaul.
Gabungan pasta dan salad ini juga merupakan satu kombinasi yang unik. Tak susah pun nak sediakan. Potong-potong dan campak-campak sikit dah siap!
4. Tortilla Rangup & Labu Tuna Lecek
Video resipi Tortilla Rangup & Labu Tuna Lecek
Bahan-bahan diperlukan:
– 1/4 labu kecil (250g) dibuang biji dan dipotong kiub besar dengan kulitnya
– 1 sudu besar marjerin
– 4 sudu besar isi ikan tuna
– Secubit garam
– 1/4 sudu kecil lada hitam
– 1 sudu kecil daun bawang (dihiris)
– 1 keping roti wholemeal tortilla (potong bentuk chips)
Cara menyediakan:
1. Microwave labu selama 5 minit sehingga lembut dan masak.
2. Gunakan sudu untuk keluarkan isi labu dan buan kulitnya.
3. Di dalam mangkuk, masukkan marjerin, isi ikan tuna, labu, garam dan lada hitam. Gaul. Kemudian, tabur daun bawang.
4. Lapikkan baking sheet di atas pinggan yang microwaveable dan leta sedikit minyak sayuran di atasnya.
5. Susun tortilla wedges di atas baking sheet.
6. Microwave selama 4 minit sehingga keperenggan dan rangup.
7. Biarkan tortilla chips di luar selama 5 minit dan hidangkan bersama Pumpkin Tuna Mash.
Kombinasi labu dan tuna ini mungkin nampak simple tapi anak-anak akan dapat khasiat dan protein yang secukupnya.
5. Sandwich Mentega Kacang
Video resipi Sandwich Mentega Kacang
Bahan-bahan diperlukan:
– 2 keping roti wholemeal (dibakar)
– 2 sudu besar mentega kacang (unsalted dan unsweetened)
– 1 biji pisang (dihiris)
– 2 sudu kecil biji labu
– 1 sudu kecil madu
Cara menyediakan:
1. Sapukan 1 sudu besar mentega kacang di atas roti.
2. Letakkan hirisan pisang.
3. Tabur biji labu dan madu.
4. Ulang dengan menggunakan bahan lebihan.
Walaupun nampak mudah, tetapi sandwich mentega kacang dengan dekorasi bento yang sangat comel ni mesti dapat membangkitkan selera anak. Kalau bawa bekal ini ke sekolah, kawan-kawan yang lain mesti akan jealous.
6. Wrap Ayam Daun Salad
Video resipi Wrap Ayam Daun Salad
Bahan-bahan diperlukan:
– Ayam kisar
– 1 biji keledek kecil (dihiris)
– 6 helai daun sayur romaine lettuce
– 2 sudu kecil minyak bijan
– 1 ulas bawang putih kisar
– 1/2 cawan frozen mixed vegetables
– 1 sudu besar sos tiram
– 1/4 sudu kecil lada putih
– 1 sudu kecil sos ikan
– 1 sudu kecil kicap masin
Cara menyediakan:
1. Untuk Sweet Potato Chips, lapikkan baking sheet di atas pinggan microwaveable dan letakkan sedikit minyak. Kemudian, susun keledek di atasnya.
2. Microwave selama 3 minit sehingga rangup.
3. Biarkan di luar selama 5 – 10 minit. Kemudian, masukkan ke dalam kontenar. Anda juga boleh
4. Untuk ayam, menggunakan non-stick pan, panaskan minyak dengan api sederhana.
5. Masukkan bawang putih dan masak hingga naik bau.
6. Masukkan ayam kisar dan masak selama 3 minit sehingg separuh masak.
7. Masukkan mixed vegetables, kicap masin, sos ikan, garam dan lada putih. Masak selama 5 minit.
8. Hidangkan dengan daun romaine lettuce.
Dan yang terakhir, boleh hasilkan resipi wrap ayam ini. Bukan setakat berkhasiat, resipi ini juga sangat enak dengan balutan ayam cincang di dalam daun salad segar. Ia menjadi lebih sempurna dengah satu pek MILO UHT. Nyum!
Untuk dapatkan lebih banyak resipi #MiloBentoBox yang menarik dan comel serta maklumat lanjut mengenai produk MILO, klik di sini.