Categories: Resipi

5 Resipi Donut Viral Yang Sedap & Menarik, Buat Jual Pasti Laku Keras

Baru-baru ini, pelbagai resipi donut viral dari pelbagai jenis warna dan perasa donut telah viral di media sosial.

Ramai netizen juga tidak ketinggalan untuk mencuba donut-donut tersebut.

Pada mulanya viral donut susu sahaja, selepas itu muncul pula pelbagai resipi donut lain yang unik.

Kalau ada yang masih belum cuba, jom lihat resipi-resipi donut ‘viral’ itu di bawah.

ANEKA RESIPI DONUT VIRAL

1. RESIPI DONUT RED VELVET

Bahan-bahan:

  • 11g yis
  • 2 sdb gula
  • 180 ml air suam

* Campur 3 bahan di atas, biarkan kembang dan berbuih.

  • 2 ½ cawan tepung high protien/tepung gandum*
  • 1 biji telur*
  • 3 sdb susu tepung*
  • 1 sdb pelembut roti*
  • 2 sdb marjerin*
  • 1 sdb susu pekat (optional)*
  • Secubit garam*
  • Red velvet emulco*

Cara Penyediaan:

1. Masukkan bahan bertanda (*). Untuk tepung, guna 2 cawan terlebih dahulu. Selebihnya, ketepikan. Gaul semuanya sehingga menjadi serbuk roti.

2. Kemudian tuang air campuran yis tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung.

3. Uli sehingga menjadi doh dan tak melekat pada tangan. Jika adunan masih lembik, masukkan lebihan tepung tadi sedikit demi sedikit. Jangan masukkan semua terus.

4. Uli doh lebih kurang selama 15 hingga 20 minit sehingga doh menjadi licin dan elastik.

5. Biarkan doh naik dua kali ganda dalam masa 1 jam dalam keadaan bertutup.

6. Apabila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk sikit untuk buang angin. Kemudian boleh buat bentuk. Nak guna tangan pun boleh, guna acuan pun boleh.

7. Biarkan lagi dalam 10 hingga 15 minit. Kemudian bolehlah goreng.

8. Apabila dah siap goreng, gaulkan dengan gula halus.

Kredit: Siti Hadirah

2. RESIPI DONUT SUSU MINION

Bahan uli:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 8 sb tepung high protein jepun (tepung roti)
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk garam1sb gula kastor
  • 1/4 cawan full cream milk (kak tak suka guna susu tepung sebab nak tekstur ala pastry kat oversea)
  • 1sb Majerin – guna cap pelangi je
  • 1sb K-fine cream super (wajib untuk gebukan terutama donut @ roti – kat shopee @ kedai bahan kek ada jual)
  • Pewarna kuning – (kak guna pewarna gel base food colouring)

Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan dalam bread maker. Set kan pada ‘Dough’.

2. Bila dah nampak doh terbentuk, titiskan pewarna. Kemudian selepas 1 jam 30 minit, stop dan keluarkan doh, masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.

3. Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.

4. Kemudian bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sbb baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senanng nak masak).

5. Lenyekkan doh kemudian lubangkan ditengah donut (kak guna besi yang deko icing cake je kalau tak ada guna la apa-apa janji ada lubang kat donut).

6. Tutup kejap donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang. Kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan perlahan sangat, sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.

7. Kemudian angkat, bila donut dah suam sikit baru salut dengan gula icinng + susu tepung (susu tepung optional). Macam resipi ni tak campur susu tepung sebab tak berapa suka, guna gula icing sahaja.

Kredit: Puan Fienaz Shafie

3. RESIPI DONUT HITAM PERISA DARK CHOCOLATE CHARCHOAL

Bahan doh:

  • 1kg tepung high protein
  • 12g yis kering
  • 1 sdb gula kastor
  • 1 sdk garam
  • 1 sdb shortening
  • 1 sdk tepung K-fine
  • Susu UHT – sukatan agak-agak
  • Pewarna hitam
  • 2sdb serbuk koko
  • 1 sdk serbuk arang
  • 1 sdk pes cappucino

Cara membuat:

1. Masukkan semua bahan dalam mesin. Uli sehingga menjadi doh.

2. Bila dah jadi doh, keluarkan.

3. Gelek doh sehingga dapat ketebalan yang dikehendaki.

4. Kemudian, terap dan rehatkan. Biarkan jadi kembang.

5. Panaskan api. Goreng dengan api kecil sahaja.

6. Goreng sampai masak tapi goreng jangan lama sangat, nanti donut jadi pahit.

7. Angkat dan toskan. Tunggu suam sikit, baru salut dengan gula kator + susu tepung.

Kredit: Che Azawimie Che Zahari

4. RESIPI DONUT PANDAN GEBU TANPA ULI

Bahan 1:

  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 cawan air suam+air pandan
  • Campurkan bahan ini dan biarkan kembang

Bahan 2:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu (b) marjerin/butter
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara:

1. Ramaskan bahan-bahan 2 ini hingga jadi macam serbuk roti, kemudian campurkan bahan 1 tadi dan gaul rata.

2. Masukan dalam bekas dan tutup. Biarkan selama 1 jam.

3. Adunan memang lembik, tak perlu tambah tepung. Selepas 1 jam, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin, kemudian canai dan terap menggunakan cetak donut.

4. Biarkan selama lebih kurang 15 minit, lepastu boleh goreng dan salut gula.

Kredit: Hajah Zainab Bt Mawan

5. RESIPI DONUT PELANGI

Bahan-bahan:

  • 1kg Tepung gandum @ tepung roti
  • 1 paket kecik yis
  • 1 sudu besor shortening
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh k-fine @ pelembut roti.
  • Susu uht secukupnya
  • Perisa dan pewarna

Cara-cara:

1. Campur kesemua bahan-bahan kering. Masukkan ke dalam mixer. Uli sampai menjadi doh.

2. Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat pada tangan.

3. Bahagian doh kepada 4 bahagian. Warnakan dan perisakan setiap bahagian.

4. Kemudian gelekkan (roll) satu per satu bahagian. Susun semua bahagian mengikut warna pelangi.

5. Gelekkan kesemuanya sehingga nipis anggaran 2 cm dan terap saja. Lepas terap, rehatkan doh sehingga ia kembang selama dalam anggaran 2 jam.

6. Kemudian sedia untuk digoreng dalam minyak jangan terlalu panas.

7. Gaul semasa donut masih panas dalam gula kastor. Selamat mencuba!

Kredit: Che Azawimie Che Zahari

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago