Categories: Tips & Petua

5 Rahsia Baju Kekal Wangi Walaupun Disimpan Lama Dalam Almari

Kredit: AQUA Electronic

Pernah tidak anda sudah basuh baju dengan sabun yang wangi, tambah pula pelembut fabrik, tetapi bila pakai semula beberapa hari kemudian bau sudah tidak sama macam mula-mula?

Lebih mengecewakan bila buka almari, baju yang sepatutnya segar tiba-tiba ada bau hapak walaupun baru sahaja dicuci. Sebenarnya, bau wangi pada pakaian bukan hanya bergantung kepada sabun basuh sahaja.

Cara anda mengeringkan pakaian, menyusun baju dalam almari dan menjaga ruang penyimpanan juga memainkan peranan penting untuk memastikan haruman kekal lebih lama.

Kalau mahu baju sentiasa rasa fresh setiap kali dipakai, cuba amalkan 5 rahsia mudah ini.


1. Jangan biarkan baju lama dalam mesin basuh selepas siap dicuci

Ini antara kesilapan yang ramai orang buat tanpa sedar. Kadang-kadang sebab sibuk atau terlupa, pakaian yang sudah selesai dicuci dibiarkan berjam-jam dalam mesin basuh.

Keadaan pakaian yang lembap dan terperap dalam ruang tertutup boleh menyebabkan bau kurang menyenangkan mula melekat pada fabrik. Walaupun sudah menggunakan sabun yang wangi, bau segar itu boleh hilang dan digantikan dengan bau hapak.

Jadi, sebaik sahaja mesin basuh selesai, terus keluarkan pakaian dan jemur supaya udara dapat membantu mengekalkan kesegaran fabrik.

2. Pastikan pakaian betul-betul kering sebelum disimpan

Ramai yang mungkin tidak perasan, pakaian yang masih sedikit lembap boleh menjadi punca utama baju berbau kurang menyenangkan dalam almari.

Sebelum melipat atau menggantung baju, pastikan setiap bahagian pakaian benar-benar kering, terutama bahagian tebal seperti kolar baju, poket, tuala dan kain yang berlapis.

Jangan terburu-buru menyimpan pakaian hanya kerana bahagian luar nampak sudah kering. Kelembapan yang terperangkap dalam fabrik boleh menyebabkan bau hapak muncul selepas beberapa hari.

Kredit: Kompas.com

3. Pastikan almari bersih dan tidak terlalu lembap

Baju yang wangi bukan sahaja bergantung kepada proses mencuci, tetapi juga keadaan tempat penyimpanan.

Almari yang berhabuk, terlalu tertutup atau mempunyai kelembapan tinggi boleh membuatkan pakaian kehilangan bau segarnya.

Sebab itu penting untuk membersihkan ruang dalam almari secara berkala.

Anda juga boleh susun pakaian dengan lebih kemas dan gunakan pewangi almari atau penyerap lembapan supaya ruang penyimpanan kekal segar.

4. Jangan susun pakaian terlalu padat dalam almari

Kalau almari penuh sampai pakaian berhimpit antara satu sama lain, ia bukan sahaja menyukarkan anda mencari baju, malah boleh menyebabkan udara tidak bergerak dengan baik.

Berikan sedikit ruang antara pakaian supaya fabrik dapat ‘bernafas’ dan haruman lebih tahan lama. Selain itu, susunan yang lebih teratur juga membantu korang menjaga kebersihan pakaian.

Kalau ruang almari kecil, penggunaan kotak penyimpanan atau organiser boleh membantu memaksimumkan ruang tanpa membuatkan pakaian berselerak.

Kredit: GettyImages

5. Pilih produk cucian yang sesuai dan gunakan dengan betul

Pemilihan sabun basuh dan pelembut fabrik juga memainkan peranan dalam memastikan pakaian kekal segar.

Ramai suka mencuba kombinasi sabun dan pelembut fabrik yang mempunyai bau kegemaran masing-masing. Ada yang sukakan haruman bunga, ada yang lebih suka bau fresh seperti pakaian baru dicuci.

Namun, pastikan penggunaannya mengikut sukatan yang disyorkan. Penggunaan terlalu banyak produk tidak semestinya membuatkan baju lebih wangi, malah boleh menyebabkan sisa terkumpul pada fabrik.

Dengan penggunaan yang betul, pakaian bukan sahaja bersih tetapi lebih selesa dipakai.

Nak pastikan baju kekal wangi walaupun disimpan lama dalam almari sebenarnya tidak susah. Dengan rutin mencuci yang betul, cara pengeringan yang sesuai dan penyimpanan yang lebih teratur, pakaian boleh kekal segar lebih lama.

Jadi, kalau anda sedang mencari cara mudah untuk upgrade rutin dobi di rumah, boleh mula dengan beberapa perubahan kecil ini. Jangan lupa pilih produk cucian dan aksesori dobi yang sesuai dengan keperluan anda.

Mimie

Recent Posts

Makanan Malaysia Memang ‘Next Level’, Ini 5 Menu Yang Buat Orang Negara Luar Tak Henti Memuji!

Bila bercakap tentang makanan Malaysia, memang banyak yang boleh dibanggakan. Setiap hidangan ada keistimewaan tersendiri,…

15 mins ago

Resipi Batik Brownies, Sekali Buat Dapat 2 Pencuci Mulut Kegemaran Dalam Satu Loyang!

Kalau suka kek batik dan brownies, apa kata gabungkan kedua-duanya dalam satu pencuci mulut? Resipi…

38 mins ago

Cili Panjang ‘Thunder Mountain Longhorn’ Ini Boleh Cecah 50cm, Rupanya Macam Tanduk!

Kalau nampak cili panjang yang satu ini, memang boleh buat kita berhenti sekejap dan tengok…

2 hours ago

Limau Kasturi Tak Cepat Rosak, Ini Tip Mudah Bekukan Jus Untuk Air, Sambal & Masakan Harian!

Kalau ada banyak buah limau kasturi di rumah, limau kasturi tahan lama boleh diusahakan dengan…

2 hours ago

Rahsia Kurma Daging Pekat & Likat Ala Kenduri Dulu-Dulu, Kuah Pecah Minyak Cantik!

Kalau suka lauk berkuah yang kaya rasa, kurma daging ala kenduri ini memang wajib cuba.…

4 hours ago

Sambal Belacan Kisar Ini Mudah Sangat Dibuat, Tak Perlu Masak Tapi Rasanya Memang Padu!

Kalau suka sambal yang pedas, masam dan cukup membangkitkan selera, sambal belacan kisar ini memang wajib…

5 hours ago