PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-07-17 10:41:49

Shah Alam bukan saja terkenal dengan Jakel dan kedai baju online je tau. Tapi, famous juga dengan kedai-kedai makan hipster! Banyak sangat kedai yang ada sampai korang tak tahu nak makan yang mana. 

Tak payah pening nak try yang mana dulu. Apa kata korang decide berdasarkan list dekat bawah ni. Semua kedai ni kami dah rasa tau! Jadi jangan risau sebab memang recommended. 

1- Rumah Ketupat

Terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Rumah Ketupat ni antara yang wajib korang cuba. Macam hari-hari, hari rayalah. Menu utama dekat sini ialah ketupat! Ha, rare kan? Yang paling best bukan ada ketupat je. Mereka juga ada burasak, lemang periuk kera, lemang biasa dan macam-macam lagi! Ada juga asam pedas yang korang boleh cuba! Antaranya asam pedas ikan parang, ikan jenahak, asam pedas tetel pun juga!

LOKASI: No G9, Jalan Polo 13/51, Off, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi : 11.00am – 7.00pm

Waze : Rumah Ketupat

2- Dominik Cafe

Korang tercari-cari cafe untuk buat event? Boleh cuba Dominik Cafe ni! Bukan saja cafe tapi boleh disewa sebagai event space juga. Yang paling best, dekat sini ada banyak buku-buku lejen press, buku Fixi dan juga buku-buku lain yang korang boleh baca sambil layan coffee. Lagu-lagu dekat sini pun best tau. Rasa tenang je.

Lokasi: No 18 Blok 3A Jalan Pegaga U12/F Desa Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu beroperasi: 12.30pm-11pm

Waze: Dominik Cafe

3- Hot Bawal Top 

Korang mesti suka makan makanan yang fresh dan panas-panas kan? Korang boleh singgah di kedai Bawal Top yang terletak di Foodcourt Anjung 7, Shah Alam. Ada ayam goreng, keli goreng, sotong bakar dan yang paling best ikan bawal goreng panas-panas dari kuali tau. Memang tak menghampakan. Makan pulak dengan ulam-ulaman dan sambal belacan. Fuhhh! Memang terbaik!

Lokasi: Foodcourt Anjung 7, Shah Alam

Waktu operasi: 10am-6pm

Waze:  Foodcourt Anjung 7, Shah Alam

4- Shugatori Cafe

Kalau taknak makanan berat boleh pergi ke Shugatori untuk nikmati pencuci mulut! Kalau yang suka ambil gambar food tu ha memang seronoklah korang datang sini. Ada dessert mermaid weh cantik betul!

Lokasi: Damansara Utama

Waze : Shugatori Dessert Cafe

Waktu Operasi : Isnin: Closed

Selasa – Jumaat: 2pm-11.30pm

Sabtu: 12pm-12am

Ahad: 12pm-11.30pm

5- Sweet Escape Ice Cream

Sweet Escape Ice Cream ni menyediakan ice cream kurang manis! Sesuai untuk orang yang tak suka manis sangat dan tak boleh makan makanan manis. Yang paling best, cone dia vegan tau! Rasanya masih sama dan sedap! Ice cream durian dan cempedak dia buat admin termimpi-mimpi. Memang umphh! Korang juga wajib cuba waffle dia. Crispy tapi lembut.

Lokasi: 16G, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waze: Sweet Escape TTDI

Waktu beroperasi: 1pm-11pm

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN