KAWASAN HALAL SRI LANKA

Masih ramai yang beranggapan bahawa kawasan halal Sri Lanka sukar ditemui, khususnya bagi pelancong yang mencari komuniti Muslim, makanan halal dan tempat yang mesra kanak-kanak.

Ia sekaligus menjadikan Sri Lanka sebagai pilihan paling kurang digemari oleh keluarga apabila bercuti.

Namun, Sri Lanka sebenarnya agak terkenal dengan komuniti Muslim yang ramah, makanan halal yang semakin mudah didapati serta aktiviti mesra kanak-kanak.

Berikut adalah 5 kawasan di Sri Lanka yang boleh dikunjungi dengan tenang, sambil menikmati pengalaman travel halal-friendly.

COLOMBO: KAWASAN HALAL SRI LANKA DENGAN KOMUNITI MUSLIM

KOMUNITI MUSLIM SRI LANKA

Colombo, ibu negara Sri Lanka, mempunyai pelbagai restoran halal dan masjid yang aktif digunakan oleh komuniti Muslim setempat. 

Anda boleh menemui restoran halal di kawasan Pettah Market dan Galle Road.

Bukan itu sahaja, bagi pelancong dengan anak kecil, anda mungkin boleh berkunjung ke Colombo Zoo, Galle Face Green untuk berkelah tepi laut atau train ride pendek dari Colombo ke Mount Lavinia.

KANDY: BUDAYA SRI LANDA & PILIHAN SANTAPAN HALAL

KAWASAN HALAL SRI LANKA

Walaupun terkenal dengan kuil Buddha, Kandy juga mempunyai komuniti Muslim yang boleh dikatakan ramai.

Disini, terdapat pelbagai pilihan restoran halal dan kedai makanan Muslim yang boleh ditemui.

Antaranya aktiviti bersama anak kecil termasuklah Royal Botanical Garden, Kandy Lake untuk aktiviti santai atau perjalanan menaiki kereta api dari Kandy ke Ella bagi menikmati pemandangan yang cantik.

GALLE: KOTA LAMA TEPI LAUT DENGAN KOMUNITI MUSLIM

KAWASAN HALAL SRI LANKA

Lokasi seterusnya adalah Galle, bandar lama yang terletak di tepi laut dengan pemandangan cantik.

Selain terkenal dengan Galle Fort, tapak warisan UNESCO, pelancong juga boleh menemui beberapa restoran halal kecil yang diusahakan komuniti Muslim tempatan di sini.

Bagi memberi keseronokan kepada anak kecil, anda boleh berjalan-jalan di Galle Fort, Pantai Unawatuna atau berkunjung ke pusat penetasan penyu Turtle Hatchery.

NEGOMBO: PANTAI DENGAN PORT SEAFOOD HALAL

KAWASAN HALAL SRI LANKA

Negombo terkenal dengan pantainya yang panjang dan suasana lebih santai berbanding Colombo.

Ini menjadikannya destinasi sesuai untuk keluarga yang mahu lari daripada kesibukan bandar besar. 

Kawasan ini turut mempunyai komuniti Muslim yang agak besar, terutama di Muslim Town.

Lokasi ini juga strategik untuk mencari makanan halal dengan mudah.

Antaranya termasuklah nasi briyani, kari ayam, aneka seafood segar, sajian autentik Sri Lanka serta pelbagai pilihan roti, kottu dan snek halal yang lain.

Bagi aktiviti kanak-kanak pula, anda boleh membawa mereka melawai Pantai Negombo atau Boat Tour di Dutch Canal.

NUWARA ELIYA: KAWASAN HALAL DI SRI LANKA DIKENALI ‘LITTLE ENGLAND’

KOMUNITI MUSLIM SRI LANKA

Nuwara Eliya sering digelar sebagai ‘Little England’ kerana seni bina kolonialnya, iklim dingin serta hamparan ladang teh yang luas.

Suasananya berbeza dengan bandar-bandar lain di Sri Lanka, menjadikannya lokasi unik untuk keluarga Muslim yang mahu menikmati suasana tenang dan sejuk.

Walaupun Muslim merupakan minoriti di sini, pilihan makanan halal tetap ada.

Bagi pelancong yang membawa anak kecil, anda boleh mencuba aktiviti seperti memetik strawberi di ladang tempatan, menaiki bot di Gregory Lake atau tour ladang teh yang terdapat di sana.

REV Media Group melalui MyResipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel.

Ia adalah kempen khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan lebih tenang, selamat dan penuh yakin.

Inisiatif ini membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti halal-friendly yang menarik.

Layari  www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Baca juga: Tenang Jiwa, Perut Kenyang, Ini 5 Destinasi Luar Negara Mesra Muslim

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN