Categories: Kesihatan

5 Jenis Makanan Perlu ELAK Sebelum Bernikah, Doktor Ini Kongsi Sebabnya

5 Jenis Makanan Perlu ELAK Sebelum Bernikah, Doktor Ini Kongsi Sebabnya.

Bagi yang bergelar pengantin tidak lama lagi pasti pelbagai perkara sedang disiapkan termasuklah membuat persediaan diri untuk menjadi suami atau isteri nanti.

Baca juga: 7 Makanan Ini Mampu ‘Boost’kan Syahwat Lelaki Dan Wanita, Baru Rumahtangga Makin Berseri

Namun tahukah anda selain tip kecantikan sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang patut dielakkan oleh pasangan yang akan bergelar raja sehari.


5 Jenis Makanan Perlu Dielakkan Raja Sehari Sebelum Bernikah

Perkara ini turut dikongsikan oleh Doktor Raihana Ismail yang sering berkongsi tips kehamilan, keluarga, bayi serta banyak lagi.

1. Elakkan makanan di dalam tin

Makanan di dalam tin semangnya sedap, malah ia sering menjadi makanan pilihan terutama apabila anda kesuntukkan masa untuk memasak.

Tetapi cuba elakkan makanan di dalam tin seperti sardin, susu pekat manis, koktail buah dan banyak lagi sebelum bergelar raja sehari.

Ini kerana keradangan aluminium di dalam darah secara tidak langsung boleh menggangu hormon dalam badan.

2. Elakkan makanan atau minuman yang dibungkus

Adakalanya kita mungkin lebih gemar untuk membungkus sesuatu makanan dan menikmatinya ketika dimahukan terutama ketika banyak urusan perlu diuruskan.

Namun cuba untuk elakkan daripada membungkus makanan atau minuman di dalam plastik BPA. Ini kerana keadaan ini boleh menyebabkan mimik estrogen kepada wanita.

3. Kurangkan makanan manis

Kurangkan makanan manis sebagai contoh pencuci mulut, kek, air berkarbonat, air berwarna warni dan sebagainya kerana ia mimik estrogen.

Sekiranya estrogen wanita berlebihan ia boleh menyebabkan ovum atau kilang telur keliru di mana ia tidak menghasilkan hormon estrogen sebaliknya mengeluarkan hormon lelaki iaitu entrogen.

Maka keadaan ini akan menyebabkan keluarnya bulu di muka seperti bermisai atau janggut. Bagi lelaki pula akan mengalami masalah perut buncit dan pengumpulan lemak di bahagian payu udara.

4. Cakna ubat-ubatan yang diambil

Pantau sebarang ubat-ubatan yang diambil tiga bulan sebelum bernikah. Ini kerana terdapat beberapa jenis ubat mempunyai kesan seperti kilang telur kecut dan tidak dapat menghasilkan sperma yang baharu manakala wanita pula akan mempunyai masalah susah untuk mengeluarkan telur.

5. Kurangkan makanan berasa tepung putih atau gluten

Kurangkan makanan bersumber tepung putih atau gluten sebagai contoh cekodok, kuih dan sebagainya.

Sumber tepung putih yang bergluten ini akan menyebabkan usus menipis dan sistem penghadaman akan menjadi tidak cantik, alami malnutrisi iaitu kekurangan makanan seimbang, hormon terganggu dan tidak subur.


Semoga bermanfaat!

Baca juga: Profesor Ini Beri Pilihan Makanan Untuk Kurangkan Risiko Hidap Kanser Ovari


Video Penuh:

@dr.raihana.ismail

Replying to @Shahir18 5 jenis makanan dan minuman dilarang ambil sebelum nikah . Ada yang nak tau makanan subur ? Kalau cukup 100org nak tau, nanti saya post. Share pasangan anda. #inspirasiraya #tiktokguru #subur #efferty #drraihanaismailofficial

♬ original sound – Dr Raihana Ismail | Efferty – Dr Raihana Ismail | Efferty

 

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

1 day ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

1 day ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

1 day ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

1 day ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

1 day ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

1 day ago