Kadang-kadang bila mood tak stabil dan rasa penat sangat, kita perlukan tempat healing dengan makanan halal yang bukan sekadar untuk jalan-jalan, tapi juga dapat rehatkan minda dan jiwa.

Percutian di destinasi luar negara yang menawarkan makanan halal dan suasana yang damai memang terbaik untuk tujuan ‘healing’.

Artikel berkaitan :Nak Cuti Tenang & Senang Cari Makanan Halal? Ini 6 Destinasi Travel Mesra Muslim Pilihan Ramai

Kalau anda sedang mencari tempat percutian yang lengkap dengan makanan halal dan pemandangan cantik, ini 6 destinasi luar negara yang sangat sesuai untuk anda bercuti dengan tenang.

1. Ubud, Bali – Tempat Healing Dengan Makanan Halal & Alam Semula Jadi

travel halal untuk Muslim

Jika anda sedang mencari tempat healing dengan makanan halal, Ubud di Bali adalah pilihan yang sangat sesuai kerana pusat budaya Bali yang terkenal dengan kehijauan sawah padi dan seni tradisional.

Tempat ini sangat sesuai untuk anda yang mahu suasana tenang dan jauh dari hiruk-pikuk bandar.

Bagi pelancong Muslim, tidak perlu risau kerana banyak restoran di Ubud menyediakan makanan halal seperti ayam betutu dan nasi campur versi halal di Warung Nasi Ayam Ibu Oki.

Anda juga boleh cuba kelas yoga atau spa tradisional untuk lebih relaks.

2. Bandung, Indonesia – Sejuk & Banyak Pilihan Makanan Halal

tempat healing dengan makanan halal

Terletak di dataran tinggi, Bandung mempunyai cuaca sejuk dan dikelilingi ladang teh serta pergunungan. 

Ia sesuai untuk mereka yang cintakan suasana nyaman dan pemandangan hijau.

Bandung juga terkenal dengan pelbagai makanan halal yang mudah didapati, termasuk bakso, soto dan nasi timbel yang mengenyangkan.

Banyak kafe moden dan santai yang juga menghidangkan menu halal seperti Restoran Mie Rica Kejaksaan yang terkenal dengan mi pedas dan bakso halal yang sangat digemari pelancong.

3. Interlaken, Switzerland – Keindahan Alam & Pilihan Restoran Halal

Interlaken yang terletak di antara dua tasik dan dikelilingi gunung Alps, merupakan destinasi luar negara yang tenang dan penuh pemandangan memukau.

Walaupun di Eropah, anda masih boleh mencari makanan halal dengan mudah kerana terdapat beberapa restoran Arab, Turki dan India yang menyediakan hidangan halal. 

Suasana di sini sangat sesuai untuk anda ‘recharge’ tenaga dan kembali tenang.

4. Cappadocia, Turki – Keunikan Landskap & Makanan Halal Tradisional

Cappadocia terkenal dengan batuan unik dan aktiviti belon udara panas yang menarik pelancong dari seluruh dunia.

Sebagai sebuah kawasan majoriti Muslim, hampir semua restoran di sini menyediakan makanan halal, termasuk kebab, sup lentil dan pencuci mulut tradisional seperti baklava. 

Destinasi ini menawarkan pengalaman percutian yang berbeza, tenang dan kaya budaya.

5. Lombok, Indonesia – Pantai Indah & Makanan Halal Tradisional

destinasi healing luar negara

Lombok juga antara tempat healing dengan makanan halal yang semakin popular dalam kalangan pelancong Muslim.

Lombok adalah destinasi yang lebih santai dan kurang sesak berbanding Bali.

Pantainya yang cantik, air laut yang jernih dan suasana tenang sesuai untuk anda yang mahu jauh daripada kesibukan.

Makanan halal mudah ditemui kerana majoriti penduduk Lombok beragama Islam.

Anda boleh menikmati hidangan seperti ikan bakar, ayam taliwang dan sambal khas Lombok yang lazat.

Santai Sambil Nikmati Makanan Halal

Mencari destinasi luar negara dengan makanan halal dan suasana tenang memang penting untuk memastikan percutian ‘healing’ yang sebenar.

Enam tempat ini menawarkan kombinasi sempurna antara pemandangan cantik, ketenangan dan makanan halal yang menyelerakan.

Jadi, jika anda rasa mood tak stabil dan perlu ‘reset’ diri, cuba plan percutian ke salah satu destinasi ini.

InsyaAllah badan dan minda anda akan kembali segar dan bertenaga.

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN