Bila sebut je Cafe Aesthetic, mesti anda terfikir cafe di sekitar Kuala Lumpur kan? Sebab Kuala Lumpur mempunyai berbagai-bagai variasi cafe aesthethic yang cantik dan memang diketahui oleh ramai orang. Tetapi, tahukah anda bahawa di Shah Alam juga mempunyai banyak cafe yang menarik dan sesuai untuk dijadikan port lepak anda. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut 5 Cafe Aesthetic yang wajib anda cuba di Shah Alam.
1. Bukku Café
Bukku Café, adalah kata pinjaman dari Jepun bagi book, kafe ini dinamakan bersempena dengan suasana dalaman kafe ini yang dipenuhi dengan buku-buku untuk pelanggan di sini baca sambil menikmati kopi mereka. Bukan itu je, kafe ini juga ada menawarkan makanan berat dalam menu mereka.
Salah satu makanan yang paling digemari di kafe ini tentulah croissant inti telur masin mereka bersama sepotong kek tiramisu dan secawan air the hijau. Dengar namanya je dah boleh membuatkan anda lapar dan tidak sabar untuk mencuba makanan dan minuman di kafe ini!
Alamat: No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor
Waktu Beroperasi: Setiap Hari (10AM – 5PM)
2. Kedai Makan Fei & Ali
Kedai Makan Fei & Ali adalah salah satu restoran yang paling banyak dikunjungi di Seksyen 9, Shah Alam. Fei & Ali ialah kafe halal yang menyajikan pelbagai jenis makanan budaya di Malaysia. Kafe ini terletak betul-betul di sebelah Foodsbury kafe pertama di Seksyen 9. Yang paling best di kafe ini adalah jika anda seorang pelajar, anda akan diberi diskaun sebanyak 10% haa best kan? Jom kita sama sama terjah kafe ni!
Alamat: 22, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Beroperasi: Jumaat – Rabu (12PM – 10PM)
3. The Third Letter
The Third Letter bukan sahaja menawarkan makanan yang sangat sedap, tapi ia juga kerana suasana restorannya yang memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Sekiranya anda merancang untuk cuba makan di kafe ini, pastikan anda memesan sup tomato mereka. Pasti ia akan membuatkan anda ketagih!
Alamat: No 2, Jalan N U8/N, Seksyen U8 Bukit Jelutong Timur, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Beroperasi: Setiap Hari (12PM – 9PM)
4. Tea And Toast
Kafe ini menyajikan pelbagai hidangan di Malaysia seperti Nasi Lemak, Mee Siam, Yee Mee dan tidak lupa juga minuman tempatan kegemaran sepanjang masa! Salah satu keistimewaan mereka ialah Kopi cham (campuran Milo dan kopi). Rasanya lebih sedap jika dimakan dengan roti bakar! Tea and Toast juga ada menghidangkan telur rebus lembut dan anda boleh mencampurkannya dengan kicap dan lada. Anda wajib cuba kafe ini.
Alamat: 38, Jalan Jurureka U1/40, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Beroperasi: Isnin – Sabtu (7AM – 4PM)
5. Iggo
“IGGO” adalah sebutan abjad tahun “1990” yang merupakan tahun kelahiran rakan kongsi kafe ini. Dua rakan kongsi ini juga ada menghasilkan beberapa idea dan resipi yang cukup kreatif, antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah Aglio Olio dengan telur. Selain itu, kepada peminat kambing, anda harus mencuba Shank Risotto memang dijamin sedap! Kafe ini juga merupakan tempat yang sangat tenang untuk anda makan bersama rakan-rakan atau kelurga.
Alamat: 3, Jalan Setia Prima H U13/H, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Beroperasi: Setiap Hari (11AM – 8.30PM)
Haa, best kan kafe di sekitar Shah Alam ni? Rugi tau kalau korang ke Shah Alam tapi tak singgah ke kafe-kafe ni. Selamat mencuba!
Sumber: FoodAdvisor