Categories: Tips & Petua

4 Tips Hilangkan Kutu Beras Dengan Cepat, Memang Terbukti Berkesan!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-10-08 04:43:15

Apabila hendak memasak nasi, pasti ada di antara ibu-ibu yang pening memikirkan cara untuk membuang kutu beras. Walaupun sudah menjemur beras di bawah matahari, namun kutu-kutu ini tetap juga membiak. Tambahan lagi, kutu beras ini bukannya sedikit dan ianya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk membuangnya satu per satu. Jangan risau, ini ada beberapa tips yang ibu-ibu boleh ikuti. Jom baca!


Kredit: Original Sabahan


Kredit: Grid  Frame
 

4 TIPS HILANGKAN KUTU BERAS DENGAN CEPAT

  1. Cili Kering


    Kredit: Sirap Limau

    Cili kering ini memang sifatnya panas dan pedih apabila disentuh. Jadi, dengan menggunakan cili kering, ia akan memberikan rasa tidak selesa pada kutu-kutu beras kerana terkena cili kering. Caranya, potongkan cili kering kepada dua dan letakkan ke dalam bekas beras. Namun, jangan lupa untuk menggantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.


  2. Daun Pandan & Daun Limau Purut


    Kredit: Sirap Limau

    Selain mengeluarkan bau-bau harum dan menghilangkan bau hapak beras, kedua-dua daun ini sebenarnya turut memberikan aroma yang tidak menyenangkan pada kutu beras. Caranya, keringkan dahulu daun pandan ini dan kemudian masukkan ke dalam beras anda. Letakkan pada atas permukaan beras dan juga dibawah beras supaya kutu tidak akan mengerumuni beras lagi.


  3. Kulit Kayu Manis


    Kredit: Hello Doktor
    Walaupun kulit kayu manis ini memberikan rasa yang kuat pada makanan, ia tidak akan menjejaskan rasa beras. Sebaliknya, ia akan mewangikan lagi beras anda. Paling penting adalah ia akan menyahkan lagi kutu daripada membiak di dalam beras anda. Caranya adalah dengan meletakkan beberapa kulit kayu manis ke dalam beras dan lihat sendiri hasilnya.

  4. Asam Keping


    Kredit: Mingguan Wanita

    Kutu beras juga cukup tidak suka dengan bau asam keping. Ini bermakna kutu beras akan menjauhi beras sekiranya asam keping diletakkan di dalam bekas beras anda. Letakkan sahaja beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak nyaman.

 

Mudah saja kan? Selepas ini, ibu-ibu di rumah sudah tidak perlu pening lagi memikirkan kutu beras ini. Semoga bermanfaat!

myresipi

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

1 day ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

1 day ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago