Nenek moyang kita kalau masuk dapur untuk memasak memang banyak pantang larang dan ada saja petua masakan yang mereka gunakan,
Tiidak dinafikan, sehingga sekarang masih ramai yang menggunakan petua-petua tersebut kerana ia sangat membantu sepanjang proses memasak di dapur.
Jom baca senarai petua orang lama yang MyResipi kongsikan di bawah. Mungkin ada petua yang boleh menyelesaikan masalah anda.
Baca juga: Elak Minyak Merecik Semasa Menggoreng, Mak-Mak Selalu Guna PETUA Ini
Suka guna santan dalam masakan? Anda pasti pernah mengalami pengalaman di mana santan menjadi pecah minyak dan berketul. Ia menyebabkan masakan anda kelihatan tidak menarik.
Untuk mengelakkannya berlaku, anda boleh cuba meletakkan senduk kayu di dalam periuk dengan menggunakan api perlahan. Cara ini dikatakan berkesan untuk mengelakkan daripada santan pecah minyak.
Semasa sedang membancuh cekodok, letakkan segenggam nasi yang sudah dimasak ke dalam bancuhan tepung.
Ianya dapat melembutkan cekodok dan mengelakkan cekodok anda menjadi liat.
Masukkan sedikit gula apabila sedang memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain untuk mengekalkan warna hijau sayur.
Untuk menghilang bau hangit nasi, letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit.
Peram ikan yang telah dipotong dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh badan ikan tadi dibaluti tepung gandum.
Rebus hirisan timun dalam air garam selama hampir setengah jam sebelum dicampur dengan bahan lain seperti lobak, bawang dan campura air gula dan cuka secukup rasa.
Untuk memastikan tauge segar walaupun telah disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam sebelum disimpan di dalam peti ais. Tauge akan segar dan tidak masam.
Potong sayur peria mengikut cita rasa anda kemudian cuci hingga bersih. Kemudian rendam sayur peria dengan sesudu besar garam selama 15 – 30 minit. Kemudian cuci sekali lagi dan bolehlah dimasak. Sayur peria itu akan hilang rasa pahitnya.
Potong keladi dan bersihkan. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan beberapa keping asam gelugor. Kemudian masukkan keladi tersebut buat seketika dan toskan. Kemudian baru boleh dimasak.
Bersihkan semua telur dan lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut.
Cara melembutkan daging dalam masa yang singkat adalah dengan memasukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus daging tadi. Daging akan menjadi empuk dalam masa yang singkat.
Untuk menghilangkan bau yang kurang enak dari peti sejuk, letakkan arang di dalam peti sejuk. Baunya pasti akan hilang dalam beberapa hari.
Ketika sedang ‘double boiler’ coklat untuk membuat coklat ganache, letakkan sesudu mentega untuk menjadikannya lebih berkilat sebelum disapukan ke atas kek.
Kadang-kadang kita terletak banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.
Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali.
Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. Lendir pada bendi akan hilang serta-merta.
Bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung kita. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari di dalam masakan anda, bau yang memedihkan tadi akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari.
Kuali yang baru dibeli selalunya akan melekat bila kita menggoreng sesuatu. Walaupun selepas disental beberapa kali ianya tetap melekat. Oleh itu apabila anda hendak menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan. Selain daripada itu, kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng.
Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.
Ambil secupak berasa dan letakkan di dalam mangkuk yang besar, kemudian letakkan pisang (kambus pisang ke dalam beras tadi) letaklah selama mana yang anda suka sehingga pisang tadi hendak di gunakan, pisang tidak cepat busuk.
Petua orang tua-tua jika mahu masakan jadi lebih sedap, tuangkan air ke dalam lesung yang digunakan untuk menumbuk cili, kemudian masukkan air tersebut ke dalam masakan kita, pasti masakan akan jadi lebih sedap.
Baca juga: 6 Petua Goreng Ayam Agar Masak Sempurna & Tak Berdarah
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…