Categories: Informasi

10 Minit Dah Siap Masak! Ini 5 Bahan Masakan Ekspres Wajib Ada Dalam Dapur

Pernah tak balik kerja dah lewat petang, anak pula dah mula tanya, “Mama, bila nak makan?”

Buka peti sejuk, ayam ada. Telur pun ada. Tapi bila fikir nak kupas bawang, kisar cili dan sediakan semua bahan satu-satu, terus rasa penat. Akhirnya, buka aplikasi penghantaran makanan sebab nak cepat.

Padahal kalau dekat dapur dah ada beberapa bahan masakan ekspres, mudah je nak masak. Nak buat nasi goreng, sambal atau lauk ringkas, tak sampai beberapa minit dah boleh siap.

Kalau anda suka memasak cara ekspres tanpa mengorbankan rasa, ini lima bahan yang memang wajib ada dalam stok dapur.

1. Perencah nasi goreng, penyelamat bila tak tahu nak masak apa

Cuba tengok peti sejuk. Selalunya mesti ada nasi semalam, telur dan beberapa ketul sosej atau isi ayam. Dengan bahan-bahan ini saja dah boleh siap satu kuali nasi goreng yang sedap.

Rahsianya? Simpan saja beberapa paket perencah nasi goreng. Tak perlu fikir nak campur sos apa atau rempah apa, tinggal panaskan minyak, gaul dan siap. Kalau bosan dengan nasi, perencah ini juga boleh digunakan untuk mi goreng atau bihun goreng.

**Dapatkan Periuk anti karat heavy duty anda sekarang di Shein & Shopee barulah mudah nak buat nasi goreng.

2. Cili kisar segera: Mudah, pantas, efisien

Nak buat sambal memang sedap, tapi proses nak rebus dan kisar cili itulah yang kadang-kadang buat semangat memasak terus hilang.

Sebab itu cili giling segera memang antara stok yang wajib ada. Bila nak masak sambal, ayam masak merah, mi goreng atau lauk berlada, tinggal cedok ikut sukatan yang diperlukan. Cepat, mudah dan dapur pun tak bersepah.

**Jimat lebih masa bila anda dapatkan pes cili segera anda di Shopee

3. Bawang putih kisar, terus cedok masuk kuali

Bawang putih merupakan bahan asas dalam kebanyakan masakan.

Bila ada bawang putih kisar, semuanya jadi lebih mudah. Cedok ikut sukatan, tumis sekejap dan terus sambung memasak. Tak kiralah nak buat sup, ayam goreng berempah, pasta ataupun lauk harian, memang sentiasa berguna.

4. Bawang merah kisar, jimat banyak masa

Masakan Melayu takde bawang merah, memang tak sah.

Daripada kari, sambal, rendang hinggalah masak lemak, semuanya bermula dengan tumisan bawang. Jadi bila dah siap dikisar, kerja memasak terasa lebih ringan. Tinggal cedok, tumis dan siap!

bagi anda yang sibuk dapatkan je pes bawang merah siap kisar di Shopee

5. Pes tumis serbaguna, memang ‘life saver’

Kalau ada satu bahan yang paling berbaloi disimpan dekat rumah, mungkin inilah jawapannya.

Pes tumis serbaguna biasanya sudah mengandungi bawang merah, bawang putih, halia dan beberapa bahan asas lain. Jadi bila nak memasak, cuma tumis sekejap sebelum masukkan ayam, daging, makanan laut atau sayur-sayuran.

Ada juga pes yang sesuai untuk masak sambal, kari, masak merah atau masak kicap. Memang sesuai untuk hari-hari yang sibuk bila masa memasak sangat terhad.

Lagi mudah kalau stok sentiasa ada. Untuk elak putus stok pes tumis serbaguna, anda beli sahaja di Shopee. Banyak pilihan tersedia daripada pelbagai jenama.

Apa yang pasti, bahan-bahan macam ini memang banyak membantu, tapi jangan lupa simpan dengan cara yang betul supaya tahan lebih lama.

Antara yang boleh dibuat ialah:

  • Simpan dalam bekas bertutup rapat selepas dibuka.
  • Gunakan sudu yang bersih setiap kali mengambil bahan.
  • Letakkan di dalam peti sejuk atau peti sejuk beku mengikut arahan pada pembungkusan.
  • Elakkan mencampurkan bahan lama dengan stok yang baru dibuka.

Tak sempat nak buat sendiri? Beli je yang dah siap!

Kalau tak sempat nak kisar bawang atau sediakan pes sendiri, jangan risau. Sekarang dekat pasar raya atau kedai dalam talian memang banyak pilihan bahan masakan ekspres yang berkualiti.

Daripada bawang kisar, cili giling, pes tumis sehinggalah perencah nasi goreng, semuanya mudah didapati. Tinggal pilih ikut jenama kegemaran dan simpan stok dekat rumah.

Percayalah, bila semua bahan asas dah tersedia, kerja memasak jadi lebih cepat, dapur tak terlalu berselerak dan yang paling best, tak perlu lagi pening fikir nak masak apa setiap kali balik kerja.

intan@revmedia.my

Recent Posts

Anak Jati Pulau Pinang Buka Kedai Nasi Kandar PERTAMA Di Madinah, Memang ‘Sempoi’!

Kedai nasi kandar pertama kini dibuka di Madinah, Arab Saudi. Perkembangan ini pastinya menarik perhatian…

2 days ago

Qaisyah Khairunnisa Usia 9 Tahun Bergelar Juara Pentas Little Star SirapLimau, Raih 200,889 Undi!

Baru berusia 9 tahun, Qaisyah Khairunnisa Bt Syahlil dari Sabah berjaya mencipta kejayaan membanggakan apabila…

2 days ago

Nasi Goreng Daging Shabu-Shabu, Nampak Ala Restoran Mewah Tapi Mudah Saja Nak Buat!

Resepi nasi goreng daging ini boleh menjadi pilihan menarik untuk makan malam, terutama apabila tiba…

2 days ago

Resipi Teh Tarik Kaw Guna Uncang Teh, Pekat Berlemak Macam Dekat Kedai Mamak!

Resipi teh tarik kaw ini sesuai untuk peminat air teh yang suka rasa pekat, berlemak…

2 days ago

Resipi Popia Ketam Cheese Rangup Dengan Inti Berkrim, Sekali Gigit Terus Cair Di Mulut!

Popia ketam cheese ini sesuai dijadikan kudapan untuk minum petang atau ketika bersantai bersama keluarga.…

2 days ago

Khasiat Labu Siam Ramai Tak Tahu, Sayur Murah Ini Rupanya Ada Banyak Manfaat Untuk Tubuh!

Pernah nampak sayur yang bentuknya seakan-akan jambu batu? Itulah labu siam! Selain harganya murah, khasiat…

2 days ago