Kredit foto: Shutterstock

Setiap kali nak sambut hari jadi mak, ramai anak-anak jadi buntu sebab tak tahu nak bagi hadiah apa. Tapi kalau anda kenal hati mak, sebenarnya dia tak minta pun benda mewah.

Mak-mak paling suka hadiah yang boleh guna hari-hari, lagi-lagi kalau ada kaitan dengan dapur, makanan dan barang rumah. Bila boleh masak dengan mudah, jimat masa dan tenaga, itu pun dah cukup buat hati mak berbunga!

Jom kami tolong senaraikan 10 hadiah hari jadi yang paling mak-mak suka, dari periuk moden sampai pes segera yang bantu menjimatkan masa!

1. Pressure Cooker Elektrik Serbaguna

Kredit foto: IStockPhoto

Ni antara wishlist nombor 1 mak-mak moden. Masak daging cepat empuk, boleh buat sup, bubur, nasi ayam, semuanya dalam satu periuk. Tekan butang lepas itu tunggu masak. Mak pun boleh rehat sambil makanan masak sendiri!

2. Set Pinggan Mangkuk Baru Yang Tahan Lasak

Kredit foto: Wow Shop

Mak mana yang tak suka set pinggan baru? Lagi best kalau corak bunga klasik atau warna pastel. Tapi jangan lupa, cari yang tahan hentak, boleh masuk microwave & dishwasher-friendly.

3. Blender Berkuasa Tinggi Untuk Kisar Sambal & Buat Jus

Kredit foto: Amazon.com

Hadiah ni confirm buat mak tersenyum! Sambal jadi lebih halus, boleh buat kisar kacang dan nak buat jus buah pun senang. Kalau bagi sekali dengan botol smoothie, memang full jadi set lengkap untuk mak!

4. Set Pes Masakan Premium 

Kredit foto: Shopee

Kadang-kadang mak nak masak sedap tapi tak larat nak kupas bawang dan kisar rempah. Pes masakan segera berkualiti boleh bantu jimatkan banyak masa! Boleh bagi satu set lengkap — sambal, rendang, asam pedas… Semua sekali!

5. Air Fryer Compact & Senang Cuci

Kredit foto: Yahoo

Nak goreng ayam, nugget atau cucur tanpa minyak banyak? Guna je Air Fryer, mak pun mesti suka. Lebih sihat, tak bersepah, dan mudah dicuci.

6. Rak Rempah Putar 360°

Kredit foto: Ruichang

Mak-mak selalu ada berbotol-botol rempah sampai berselerak. Dengan rak ni, semua tersusun dan mudah capai. Sekali pusing je dah jumpa serbuk kari atau lada sulah. Dapur pun nampak lebih kemas.

7. Kuali Non-Stick (Anti Melekat, Anti Stres)

Kredit foto: Made In

Kalau kuali mak dah calar dan berkerak, inilah masanya untuk upgrade! Pilih yang non-stick, mudah cuci dan sesuai untuk semua jenis dapur. Hadiah ni gerenti buat mak masak dengan hati tenang.

8. Toaster Oven Serbaguna (Bakar, Grill & Panaskan)

Kredit foto: KitchenAid

Nak panaskan lauk, bakar roti, atau buat kek kecil pun boleh. Toaster oven ni tak makan ruang tapi sangat berguna. Hadiah ideal untuk mak yang suka bereksperimen dalam dapur kecil.

9. Peti Sejuk Mini Untuk Simpan Bahan Masakan Berasingan

Kredit foto: Amazon.com

Mak-mak suka simpan cili blend, daun sup, atau marinate ayam awal-awal. Peti mini ni bantu asingkan bahan masak dari peti utama. Dapur lebih teratur, kerja jadi lebih senang!

10. Langganan Kotak Masakan Bulanan

Kredit foto: IProperty

Sekarang dah ada banyak servis hantar bahan masakan siap potong, paling best ia boleh diasingkan mengikut keperluan masakan dan dihantar terus ke rumah. Apa kata hadiahkan langganan sebulan, mak boleh cuba menu baru tanpa perlu ke pasar hari-hari. Jimat masa dalam dapur.

Hadiah Yang Memudahkan, Itulah Tanda Sayang

Tak perlu hadiah mewah pun, cukup bagi sesuatu yang buat hidup mak lebih senang dan menyeronokkan. Bila mak gembira di dapur, satu rumah pun rasa bahagia!

Kalau anda tengah cari hadiah yang mak akan betul-betul guna, pilih je satu dari senarai di atas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN