Simple & sedap. Anak2 pasti suka. Resipi dari mak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kurma Ayam

Simple & sedap. Anak2 pasti suka. Resipi dari mak.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm ayam di potong sederhana besar
  • 1000ml santan
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
  • 2 biji kentang besar
  • 2 biji cili hijau
  • 1 biji bawang besar dibelah empat
  • 1 biji tomato dibelah dua
  • 1 sudu makan kerisik
  • garam, ajinomoto
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Bawang besar , b.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan.
  • Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan.
  • Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang.
  • Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam & ajinomoto.
  • Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN