Tiramisu Kek Gulung

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Pastri (Roti & Kek)
Masa Penyediaan: 0 Jam 40 Minit
Hidangan: 5 Orang

Bagaimana cara nak masak Tiramisu Kek Gulung?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 250 g krim keju 
  • 200 ml whipping cream 
  • 1 sudu teh jus lemon 
  • ½ cawan gula kastor 
  • 1 biji kek gulung kopi 
  • 1 cawan air panas (dibancuh) 
  • 1 sudu besar Nescafe (dibancuh) 
  • 100 g serbuk koko

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul krim keju, whipping cream, jus lemon, dan gula kastor sehingga gebu. 
  2. Potong nipis kek gulung kopi. 
  3. Masukkan adunan keju yang dipukul tadi ke dalam piping bag. Pamkan ke dalam gelas hidangan. 
  4. Susunkan kek gulung kopi di atas adunan keju. 
  5. Siramkan dengan sedikit air bancuhan Nescafe. 
  6. Ulangi langkah 3 hingga 5 bagi lapisan seterusnya. 
  7. Ayakkan serbuk koko ke atas lapisan terakhir. 
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dihidangkan. 
  9. Hias dan sedia dihidangkan.

Leave a comment