Tat Prun

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Biskut
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Tat Prun?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 100 g mentega 
  • 150 g marjerin 
  • 150 g gula halus 
  • 1 biji  telur 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 50 g tepung jagung (diayak) 
  • 50 g tepung kastard (diayak) 
  • 350 g tepung gandum (diayak) 
  • 100 g buah prun (dihiris) 
  • Pewarna hijau 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul mentega, marjerin, dan gula halus sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi sehingga sebati. 
  3. Masukkan tepung jagung, tepung kastard, dan tepung gandum. Gaul sehingga semua sebati dan menjadi doh lembut. 
  4. Asingkan sedikit doh untuk hiasan daun. Ketepikan. 
  5. Canai adunan menjadi leper dan terap menggunakan acuan bulat berbunga tepi. 
  6. Letakkan buah prun yang sudah dihiris panjang di tengah-tengah biskut. 
  7. Cantumkan bahagian bawah biskut dan susunkan di atas dulang pembakar. 
  8. Masukkan pewarna hijau dalam doh adunan untuk bahan hiasan. Uli dan canai nipis doh hiasan. Potong kecil memanjang. 
  9. Hiaskan seperti daun pada biskut. 
  10. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api atas dan bawah selama 20-25 minit ataupun sehingga masak. 11 Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara. 

Leave a comment