Talam Keladi Berlapis

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Talam Keladi Berlapis?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A (Lapisan bawah)
  • ½ biji keladi (Dibuang kulit dan dipotong dadu)
  • 1½ cawan santan cair 
  • ½ cawan tepung beras 
  • ½ cawan gula 
  • Sedikit garam
Bahan B (Lapisan atas)
  • 1 cawan tepung beras 
  • 3 cawan santan pekat 
  • 1 sudu makan pes keladi 
  • 1 sudu teh pewarna unggu 
  • Sedikit garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus keladi dengan sedikit garam sehingga lembut dan tuskan. 
  2. Gaulkan santan dan tepung beras supaya sebati. Tapiskan ke dalam periuk. 
  3. Masukkan keladi dan gula ke dalam periuk tadi. Kacau di atas api sekadar naik wap. 
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7 inci yang sudah disapukan minyak. 
  5. Kukuskan selama 20 minit. Cakarkan permukaan keladi dengan garpu. 
  6. Campurkan semua bahan B dan tapiskan ke dalam periuk. 
  7. Masak di atas api sederhana sekadar naik wap dan tuangkan di atas 
    permukaan keladi yang sudah dicakarkan. 
  8. Kukuskan lagi selama 20 minit. 
  9. Sejukkan selama beberapa jam dan potongkan.

Leave a comment