Pulut Udang

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Pulut Udang?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • Sedikit garam 
    (Santan pekat dibancuh dengan sedikit garam)
  • 3 biji cili merah 
  • 2 batang serai 
  • 1 labu bawang besar 
  • 1 sudu teh jintan manis 
    (Cili merah, serai, bawang besar & jintan manis dikisar bersama)
  • 100 gram udang segar 
    (Dibuang kulit dan potong kecil) 
  • 1 cawan kelapa parut (Ambil putih sahaja) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • 1 sudu teh gula pasir 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun pisang secukupnya (Dilayur) 
  • Lidi secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga masak (naik wap). Masukkan ke dalam mangkuk tahan panas. 
  2. Gaulkan santan pekat dengan pulut sehingga sebati. 
  3. Daun pisang dipotong kecil. Lap dan ketepikan. 
  4. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi. 
  5. Masukkan udang, kelapa parut, serbuk kunyit, gula dan garam. Kacau sehingga kering. 
  6. Ambil dua sudu makan pulut dan letakkan di atas daun pisang dan tekan pulut supaya leper. 
  7. Letakkan inti udang di bahagian tengah dan gulungkan daun pisan

Leave a comment