Pulut Inti Manis

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Pulut Inti Manis?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • ½ cawan air 
  • 2 sudu makan gula merah
  • ½ cawan gula pasir 
  • 2 helai daun pandan (Disimpulkan) 
  • 1 cawan kelapa parut muda 
    (Diambil putih sahaja) 
  • 2 sudu makan tepung gandum 
  • Sedikit garam 
  • Daun pisang secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Layurkan daun pisang dan potong mengikut keperluan. Lapkan. 
  2. Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata. 
  3. Masukkan loyang ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga naik wap. 
  4. Masakkan air, gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga mendidih. 
  5. Tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut. 
  6. Masakkan selama 6-8 minit ataupun sehingga masak dan agak garing 
    bahagian bawahnya. 
  7. Untuk menggaringkan bahagian atas, masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan suhu 180ºC api atas selama 20 minit. 
  8. Sejukkan dan hidangkan

Leave a comment