Pulut Bakar Wangi

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Pulut Bakar Wangi?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 sudu teh halba 
  • 8 kuntum bunga cengkih 
  • 2 sudu makan gula pasir 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun pisang secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga masak (naik wap). 
  2. Masakkan santan, garam dan gula sehingga larut. Masukkan halba dan 
    bunga cengkih. 
  3. Masukkan pulut yang sudah dimasak tadi ke dalam mangkuk tahan panas dan gaulkan dengan santan sehingga sebati. Sejukkan. 
  4. Layurkan daun pisang di atas api dan potong mengikut saiz yang 
    dikehendaki. Lap bersih. 
  5. Ambil sedikit pulut dan ratakan di atas daun pisang. Lipatkan daun pisang dan tekan supaya padat. 
  6. Bakar menggunakan jaring pemanggang di atas api dapur ataupun di 
    dalam kuali sehingga garing.

Leave a comment