Puli (Lopes) Ubi Kayu

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 40 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Puli (Lopes) Ubi Kayu?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 500 gram ubi kayu (Dipotong kecil) 
  • Sedikit garam 
  • ½ cawan kelapa muda parut 
  • Daun pisang secukupnya
Bahan B (Air gula)
  • ½ cawan gula merah 
  • 3 sudu makan gula 
  • 2 helai daun pandan 
  • 1 cawan air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh ubi kayu dan dituskan airnya. 
  2. Masukkan ubi ke dalam pengisar dan kisar halus. Kemudian tapiskan. 
  3. Gaulkan dengan sedikit garam dan masukkan ke dalam loyang bulat 7 inci yang dilapikkan dengan daun pisang. 
  4. Panaskan pengukus dan kukus selama 30 minit. 
  5. Biarkan kuih sejuk dan potong kecil 
  6. Kukuskan kelapa parut selama 5 minit. Gaulkan ubi yang dipotong dengan kelapa parut. 
  7. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk. 
  8. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih. Tapis dan sejukkan. 
  9. Tuangkan ke atas ubi yang sudah digaulkan kelapa parut, dan hidangkan.

Leave a comment