Puding Lapis Soya

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 15 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara nak masak Puding Lapis Soya?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 10 gram serbuk agar-agar 
  • 1 cawan air 
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 liter air kacang soya 
  • ½ cawan tepung kastard 
  • Sedikit pewarna merah 
  • Sedikit pewarna kuning 
  • Sedikit pewarna hijau

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masakkan serbuk agar-agar, air, dan gula sehingga mendidih. 
  2. Masukkan air kacang soya dan tepung kastard ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati. 
  3. Masukkan bancuhan ke dalam periuk agar-agar dan kacau sehingga mendidih. 
  4. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk dan masukkan pewarna ke dalam setiap mangkuk. Kacau rata. 
  5. Masukkan adunan hijau ke dalam loyang dan biarkan sehingga agak keras. 
  6. Tuangkan adunan kuning perlahan-lahan ke atas adunan hijau dan tunggu sehingga agak keras. 
  7. Tuangkan pula adunan merah perlahan-lahan ke atas adunan kuning dan biarkan sehingga keras. 
  8. Sedia dihidangkan.

Leave a comment