Popia Pulut

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Popia Pulut?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1cawan serunding daging 
  • 1 sudu makan tepung gandum 
  • 1 sudu makan air 
    (Tepung gandum dibancuh dengan air)
  • Garam secukup rasa 
  • Kulit popia secukupnya 
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan beras pulut, santan, dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata. 
  2. Masukkan loyang ke dalam periuk kukusan dan kukus sehingga masak. 
    Sejukkan. 
  3. Kulit popiah dibuka sehelai demi sehelai dan tutupkan dengan kain bersih bagi mengelakkan kulit popia kering. 
  4. Bentangkan kulit popia dan sudukan pulut di atasnya. Ratakan. 
  5. Sudukan serunding di tengah-tengahnya.
  6. Lipat kiri dan kanan kulit popia dan gulung kemas. Gamkan bucu hujung kulit popia dengan bancuhan tepung gandum. 
  7. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan popia pulut dengan api 
    sederhana sehingga kuning keemasan. 
  8. Angkat dan tuskan minyaknya. Hidangkan.

Leave a comment