Onde-Onde Keledek Manja

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Onde-Onde Keledek Manja?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 biji keledek (Dibuang kulit dan dipotong kecil)
  • 2 cawan tepung pulut 
  • ½ - 1 cawan air
  • 2 ketul gula melaka (Dipotong dadu kecil) 
  • 2 cawan kelapa parut muda 
  • Sedikit garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus keledek sehingga lembut dan lecekkan sehingga hancur. 
  2. Ayakkan tepung pulut ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan keledek yang dilecekkan dan sedikit garam. 
  4. Tambahkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata menjadi doh yang lembut. 
  5. Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti bebola kecil. 
  6. Leperkan bagi meletakkan gula melaka di tengahnya. Bentukkan menjadi bebola kecil semula. 
  7. Didihkan air dalam periuk dan masukkan doh bebola. Biarkan sehingga doh bebola timbul. 
  8. Angkat menggunakan senduk berlubang dan golekkan di atas kelapa parut yang sudah digaulkan dengan garam. 
  9. Sedia dihidangkan.

Leave a comment