NesLo Chocolate Chip Cookies

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Biskut
Masa Penyediaan: 0 Jam 60 Minit
Hidangan: 10 Orang

Bittersweet chocolate chip cookies perasa Nescafe-Milo. Sesuai buat penggemar kopi dan mocha.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2½ cup tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 cawan salted butter, dilembutkan (kalau gunakan unsalted butter pun boleh, tambahkan saja ½ sudu kecil garam)
  • 1½ cawan gula perang (light brown sugar)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 biji telur
  • 1 packet 340g Hershey's Semi-Sweet Chocolate Chips (atau 2 cawan chocolate chips pilihan sendiri)
  • 5 sudu besar serbuk Milo
  • 5 sudu besar Nescafe Gold freeze-dried soluble coffee powder (atau kopi pilihan sendiri)
  • 2 sudu besar air panas
  • 1 cawan kacang almond atau hazelnuts (jika suka. saya tak letak kacang)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Larutkan serbuk kopi dgn air panas. Ketepikan.
  2. Ayak tepung, serbuk Milo, baking soda dan garam (jika guna unsalted butter).
  3. Pukul butter, gula, esen vanila hingga berkrim. Masukkan telur dan air kopi tadi. Pukul perlahan sambil masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan chocolate chips dan kacang (jika guna) dan gaulkan dengan spatula (atau sudu besar).
  5. Gunakan satu sudu kecil dan letakkan adunan ke atas loyang yang sudah digris. Jangan terlalu rapat kerana biskut akan mengembang sedikit bila dibakar. Bakar dalam suhu 160°C selama 15-20 minit, atau sehingga masak mengikut kepanasan oven masing2.
  6. Sejukkan biskut yang dibakar di atas wire rack sebelum disimpan didalam botol ketap udara.

Leave a comment