Mi Hongkong

Kategori: Asian, Masakan Cina
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Mi Hongkong?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 paket mi kuning 
  • 5 ulas bawang putih (Dicencang) 
  • 150 g isi ayam (Dipotong kecil) 
  • 100 g sotong (Dipotong kecil) 
  • 150 g udang (Dibuang kepala) 
  • 1 cawan air 
  • 1 sudu makan lada sulah 
  • 1 batang lobak merah (Dipotong kecil) 
  • 5 biji jagung muda (Dibelah 2) 
  • 150 g sawi (Dipotong) 
  • 3 biji cili merah (Dihiris kasar) 
  • 1 sudu makan tepung jagung (Dibancuh dengan ½ cawan air) 
  • 3 sudu makan minyak makan 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga 
    wangi. 
  2. Masukkan ayam, sotong, dan udang. Kacau rata. 
  3. Masukkan air, garam, dan lada sulah. Biarkan mendidih. 
  4. Masukkan lobak merah, jagung muda, sawi, dan cili merah. 
  5. Masukkan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuah. Masakkan 
    sehingga agak pekat. 
  6. Masukkan mi dan kacau rata.

Leave a comment