KUIH BINGKA KACANG HIJAU

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resepi dari sajionline...sedap buat sarapan/minum petang


Bahan-bahan diperlukan:

  • 150 gm kacang hijau
  • 200gm gula pasir (blh dikurangkan ikut kesesuaian)
  • 180gm tepung ubi
  • 50gm tepung jagung
  • 150ml santan pekat (saya guna santak kotak m&s)
  • sedikit pewarna hijau
  • 10 helai daun pandan (dikisar dengan 125ml air)(saya guna 5 helai je sbb takde)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus kacang hijau hingga empuk, buang airnya dan biar hingga sejuk
  2. Kisar kacang tersebut hingga halus (saya kisar dgn sedikit air menggunakan blender untuk bahan basah)
  3. Campur kacang tersebut dengan gula pasir, dua jenis tepung, santan, pewarna hijau dan air daun pandan di dalam kuali.
  4. Kacau adunan di atas api dengan perlahan hingga pekat dan kenyal. kacau selalu supaya tidak hangit di dasar kuali. biar likat mcm dlm gambar tu...
    Open uri20151010 29872 3jccjq
  5. Ratakan adunan di dalam loyang yang di lenser dengan sedikit minyak masak
  6. Kukus selama 20 minit dan sejukkan sebelum di potong. bila dah masak, adunan tadi akan bertukar warna lebih gelap sedikit

Leave a comment