Koleh Ubi Badak

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Koleh Ubi Badak?


Bahan-bahan diperlukan:

  • ½ biji ubi badak (Dipotong kecil) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 cawan gula 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • Garam secukup rasa 
  • Sedikit minyak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Cuci ubi badak sehingga bersih. Kemudian rebuskan dengan sedikit garam sehingga empuk. Tuskan. 
  2. Masukkan ubi dan santan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati. 
  3. Masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan gula dan garam. Gaul 
    sehingga sebati.
  4.  Masukkan tepung gandum dan kacau lagi sehingga sebati. 
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat bersaiz 7 inci yang disapukan 
    dengan sedikit minyak. 
  6. Kukus selama 30 minit ataupun sehingga masak. 
  7. Sejukkan, kemudian potong dan sedia dihidangkan.

Leave a comment