Ketupat Sotong Manis

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Ketupat Sotong Manis?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan beras pulut 
  • 1 cawan santan cair 
  • Sedikit garam 
    (Santan dibancuh dengan sedikit garam)
  • 5 ekor sotong saiz sederhana 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 2 sudu makan gula merah 
  • 2 sudu makan gula pasir 
  • 3 helai daun pandan (Disimpul) 
  • Garam secukup rasa 
  • Lidi daun kelapa secukupnya 
    (Dipotong serong dan pendek)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh beras pulut dan rendamkan di dalam loyang dengan santan cair yang sudah dicampur garam selama 1-2 jam. 
  2. Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga naik wap. Sejukkan. 
  3. Sotong dibuangkan kulitnya dan asingkan kepalanya. Basuh dan tus kering. 
  4. Masukkan pulut anggaran separuh penuh ke dalam perut sotong. 
  5. Masukkan semula kepala sotong ke dalam perut sotong. 
  6. Cucukkan lidi secara menyilang bagi memastikan pulut tidak terkeluar dari perut sotong. 
  7. Susunkan sotong di dalam periuk. Masukkan santan pekat dan sedikit garam. 
  8. Masakkan gula merah, gula pasir, dan daun pandan. Tapiskan ke dalam 
    periuk berisi sotong dan santan. 
  9. Masakkan sehingga mendidih dan kuahnya pekat. 
  10. Buangkan lidi dan hidangka

Leave a comment