Kerabu Siam Kacang Botor

Kategori: Asian, Masakan Thai
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Siam Kacang Botor?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 10 batang kacang botor 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris) 
  • 1 biji cili merah 
  • ½ mangkuk kecil isi udang (Direbus) 
  • 1 sudu makan pes tomyam 
  • 2 sudu makan perahan limau kesturi 
  • 2 sudu makan kacang tanah goreng (Ditumbuk kasar) 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Hiris kacang botor nipis-nipis. 
  2. Hiris bawang besar dan cili merah kasar-kasar 
  3. Buangkan kulit udang dan masakkan dengan sedikit air dan minyak. 
  4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment