Kerabu Mihun Ala Thai

Kategori: Asian, Masakan Thai
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Mihun Ala Thai?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 200 g mihun (direndam) 
  • 2 sudu makan udang kering 
  • 1 sudu makan jus limau 
  • 1 sudu makan sos ikan 
  • Garam secukup rasa 
  • 10 tangkai daun kesum (Dihiris)
  • 1 pokok daun ketumbar (Dihiris)
  • 1 kuntum bunga kantan (Dihiris)
  • ½ batang lobak merah (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 1 batang timun (Dihiris)
  • 3 biji cili merah (Dihiris)
  • 5 biji cili api (Dihiris)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Celurkan mihun dengan air mendidih dan tuskan. 
  2. Gorengkan udang kering tanpa minyak sehingga wangi. Tumbuk sehingga hancur. 
  3. Masukkan udang kering ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dengan jus limau, sos ikan, dan garam. 
  4. Masukkan semua bahan lain dan gaul rata. Hidangkan.

Leave a comment