Kek Span Gebu Gebas

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Pastri (Roti & Kek)
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Kek Span Gebu Gebas?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 200 g gula pasir 
  • 220 ml air panas
Bahan B
  • 5 biji telur 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 100 g mentega 
  • ½ cawan susu pekat 
  • 150 g tepung gandum (diayak) 
  • 1 sudu makan soda bikarbonat (diayak)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet). 
  2. Masakkan gula pasir di dalam kuali sehingga cair. Masukkan air panas dan masak sehingga larut. Tapis dan ketepikan. 
  3. Pukul telur dan esen vanila sehingga kembang dan gebu. 
  4. Pukul mentega dan susu pekat di dalam mangkuk lain sehingga naik dan kembang. 
  5. Campurkan adunan telur ke dalam adunan susu pekat dan mentega. 
  6. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat berselang-seli dengan gula hangus. Kacau rata. 
  7. Masukkan ke dalam loyang. 
  8. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 50-60 minit. 
  9. Sejukkan dan potong. Sedia dihidangkan.

Leave a comment