Cucur Kelapa Pisang

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Cucur Kelapa Pisang?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan kelapa parut muda 
  • 5 biji pisang (Dilenyekkan) 
  • 2 cawan tepung gandum  (Diayak) 
  • 2 sudu teh baking powder 
  • ½ sudu teh garam 
  • Minyak masak secukupnya 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk adunan dan kacau rata. 
  2. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali. 
  3. Balikkan gorengan sehingga warna keemasan dan angkat. 
  4. Sedia dihidangkan.

Leave a comment