Bubur Pulut Hitam Memikat

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Bubur Pulut Hitam Memikat?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan beras pulut hitam (Direndam 5-6 jam dan tuskan) 
  • 4 cawan air 
  • 1 cawan gula pasir 
  • 2 cawan santan cair (½ biji kelapa) 
  • 2 helai daun pandan (Disimpul) 
  • 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa) 
  • Sedikit garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebuskan pulut hitam dengan air sehingga pulut kembang dan pekat. 
  2. Masukkan gula pasir, santan cair, daun pandan, dan garam. 
  3. Masakkan lagi dan kacau sekali-sekala supaya tidak pecah minyak 
    sehingga mendidih. Tutup api. 
  4. Panaskan santan pekat dengan sedikit garam di dalam periuk lain 
    sehingga mendidih sambil sentiasa mengacaunya. 
  5. Sendukkan pulut hitam yang sudah dimasak tadi ke dalam mangkuk. 
    Letakkan sedikit santan yang sudah dimasak. 
  6. Sedia dihidangkan.

Leave a comment