Bubur Jagung Manis

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Bubur Jagung Manis?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 tongkol jagung segar 
  • ½ cawan gula pasir 
  • 2 sudu makan gula merah 
  • 1 cawan air 
  • 2 sudu makan sagu mata ikan (Dibasuh dan tuskan] 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 3 helai daun pandan (Disimpul) 
  • Sedikit garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Jagung dibuangkan kulitnya dan dihiris kasar. Basuh dan tuskan. 
  2. Masakkan gula pasir, gula merah dan air sehingga mendidih. Tapiskan. 
  3. Di dalam periuk lain, masukkan jagung, daun pandan, dan sedikit garam ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih (jagung lembut). 
  4. Masukkan air gula yang ditapis tadi, dan sagu mata ikan. Masakkan sehingga mendidih sambil mengacau supaya tidak bergentel. 
  5. Masukkan santan dan sedikit garam. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih lagi. 
  6. Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia dihidangkan.

Leave a comment