Bubur Daging

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Bubur Daging?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan beras (Direndam 30 minit dan tuskan) 
  • 200 gm daging (Dihiris kecil dan nipis) 
  • 4 cawan air 2 biji kentang (Dipotong dadu)
  • ½ batang lobak merah (Dipotong dadu)
  • 1 sudu makan lada hitam (Ditumbuk halus) 
  • 1 cawan santan 
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan beras dan daging bersama air ke dalam periuk dan masak sehingga beras kembang dan daging empuk. 
  2. Masukkan kentang bersama lobak merah, lada hitam, santan dan garam. 
  3. Kacau rata dan masakkan sehingga semuanya lembut. 
  4. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi. 
  5. Masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam bubur dan kacau rata. 
  6. Masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Leave a comment