Bubur Butir Nangka Versi Kelantan

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Bubur Butir Nangka Versi Kelantan?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 cawan tepung pulut 
  • ½ cawan air jus pandan 
  • Sedikit kapur makan 
  • Garam secukup rasa 
  • ½ sudu teh pewarna hijau
Bahan B
  • 1 cawan santan pekat 
  • ½ cawan gula pasir 
  • 2 helai daun pandan (Disimpul) 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bancuhkan air pandan, sedikit kapur makan, garam, dan sedikit pewarna hijau. Tapiskan. 
  2. Tuangkan ke dalam tepung pulut sedikit demi sedikit sambil digaul rata dan sebati sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. 
  3. Gentelkan adunan menjadi doh bujur yang kecil. 
  4. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan doh yang sudah siap digentel tadi. 
  5. Apabila doh timbul, cedokkan dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air. 
  6. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk, masakkan sambil mengacau bagi mengelakkan pecah minyak sehingga mendidih. 
  7. Masukkan doh yang sudah dimasak ke dalam kuah santan dan tutup api. Kacau rata. Hidangkan.

Leave a comment